Thursday, December 9, 2010

Program Realiti atau Realiti Kehidupan?!

Komen:
Bagaimana mereka menang?? Bukankah mereka ini terpilih daripada ratusan calon, dengan kriteria yang amat ketat?! ... Lakonan saja... Itu lah sejak dulu lagi saya 'anti' program realiti... Tak tengok pun... Maksiat.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sein_Nanasahbercerai/Article/index_html
(9th December 2010)

Sein, Nana sah bercerai
SHAH ALAM: Bagaikan sudah terkena badi, mahligai perkahwinan juara program realiti Sehati Berdansa musim ketiga, Sein Ruffedge dan Nana menemui titik nokhtah apabila Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, membenarkan permohonan perceraian pasangan itu dengan talak satu, semalam.

Sein, 27, atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustaffa melafazkan talak pada jam 2.46 petang, selepas mahkamah membenarkan permohonan Nana, 26, yang juga anak bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib untuk berpisah secara baik. Nana yang pernah menyertai rancangan realiti, Mentor musim pertama memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Prosiding perceraian berkenaan berlangsung di hadapan Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin dan Nana atau nama sebenarnya, Noor Diyana Muhammad diwakili peguam syarie, Zuri Zabudin Budiman. Sein bagaimanapun tidak diwakili peguam syarie.

Terdahulu, Zuri Zabudin memberitahu, permohonan untuk bercerai itu difailkan berikutan pasangan terbabit tidak lagi mempunyai persefahaman dalam rumah tangga yang dibina sejak Julai 2006. “Pasangan ini tidak dapat lagi menjalani kehidupan sebagai suami dan isteri dan wujud perbalahan berpanjangan. Mereka masih serumah tetapi tidak tidur bersama. Pelbagai usaha sudah dijalankan tetapi tiada jalan penyelesaian,” katanya. Zainor Rashid selepas mendengar lafaz itu mensabitkan gugur talak satu kali pertama secara rajie terhadap Nana dan memerintahkan dia untuk beredah selama tiga kali suci.

Beliau juga memerintahkan supaya perceraian itu didaftarkan di Pejabat Agama Daerah Petaling dan surat nikah pasangan tersebut dibatalkan. Sein dan Nana mendirikan rumah tangga pada Julai 2006 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahayamata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, 1. Sein yang kini aktif sebagai pelakon dan pernah menjayakan drama bersiri ‘Adamaya’ bergandingan dengan Lisa Surihani. Dia juga pernah muncul sebagai pelakon undangan dalam Hotel Mania terbitan KRU Studio selain membintangi filem Sepi arahan Khabir Bhatia. Sein dan Nana adalah pasangan peserta Sehati Berdansa terbaru yang tidak dapat mempertahankan rumah tangga mereka. Sebelum ini, pasangan Asheed Def-Gab-C, Atilia, Dira Abu Zahar, Radhi OAG, Sabrina Ali dan Anne Ngasri turut menerima nasib sama. Pengacara Fahrin Ahmad yang menjalinkan hubungan dengan Linda Onn dan Scha Al Yahya ketika mengacara program ini turut berdepan kontroversi panas.
[Alamak... Macam tuhan tak restu program realiti ini... Macam-macam musibah ditimpa!]

Sementara itu, pada prosiding sama, mahkamah juga merekodkan persetujuan bersama Nana meliputi nafkah edah, mutaah dan harta sepencarian serta hak penjagaan dua anak mereka.




.