Sunday, March 8, 2009

Shahirah Nikah dgn Reza


RAJA Shahirah Aishah dibawa dengan tandu ke tempat persandingan di Aryani Resort, Merang, Setiu, semalam. Gambar kecil, Syarul Reza Abd. Aziz.

SETIU 7 Mac - Bagaikan perkahwinan putera dan puteri di zaman dahulu kala. Itulah yang boleh digambarkan mengenai majlis perkahwinan anak kedua arkitek terkenal Terengganu, Raja Shahirah Aishah Raja Kamarul Bahrin Shah, 24, dengan pasangannya, Syarul Reza Abd. Aziz, 29, yang berkonsepkan Melayu tradisional. Majlis berkenaan bermula kira-kira pukul 8 pagi ini dengan ketibaan pasangan pengantin di Aryani Resort, Merang di sini. Kedua-dua pengantin kemudian dimandikan dalam upacara mandi bersiram kira-kira pukul 9.30 pagi.
Raja Shahirah dan Syarul Reza yang kemudian mengenakan pakaian sedondon berwarna krim dan kuning, diarak berasingan dengan tandu oleh 14 hulubalang ke tempat persandingan kira-kira pukul 1.45 petang. Sebanyak 17 pembawa dulang, dua pengiring dan dua panglima mengiringi kedua-dua pengantin. Perarakan tersebut diiringi muzik etnik nusantara dimainkan oleh kumpulan muzik, Dendang Anak yang turut terdiri daripada dua adik pengantin perempuan, Raja Badruddin Hakim, 22, dan Raja Bahyuddin Ansari, 20.
Lebih 3,000 jemputan termasuk moyang pengantin perempuan, Tengku Ampuan Intan Zaharah; nendanya, Tengku Ampuan Bariah; dan Tengku Ampuan Pahang, Tengku Azizah Sultan Iskandar Al-Haj menyaksikan majlis persandingan tersebut. Tengku Ampuan Zaharah dan Tengku Azizah turut berkenan menepung tawar kedua-dua pengantin baru tersebut. Majlis perkahwinan tersebut berakhir kira-kira pukul 3.30 petang selepas upacara memotong pulut kuning.
Abang Raja Shahirah, Raja Mohd. Baharuddin ketika ditemui berkata, beliau gembira adik keduanya daripada enam beradik itu kini telah menemui kebahagiaan. Beliau memberitahu, ibu mereka, Jacqueline Pascarl-Gillespie tidak dapat datang menghadiri majlis perkahwinan itu.
"Bagaimanapun, saya dan Raja Shahirah bersama suaminya akan ke Australia pada 24 Mac ini untuk menghadiri majlis yang diadakan oleh ibu sempena perkahwinan mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment