Sunday, August 15, 2010

Obama & Religious Freedom


With Remarks on Mosque

From the moment he took the oath of office, using his entire name, Barack Hussein Obama, as he swore to protect and defend the Constitution, Mr. Obama has personified the hopes of many Americans about tolerance and inclusion. He has devoted himself to reaching out to the Muslim world, vowing, as he did in Cairo last year, “a new beginning.”

“As a citizen, and as president,” Mr. Obama said then, “I believe that Muslims have the same right to practice their religion as everyone else in this country. And that includes the right to build a place of worship and a community center on private property in Lower Manhattan (close to the Ground Zero, WTC), in accordance with local laws and ordinances.”

“I think it’s very important, as difficult as some of these issues are, that we stay focused on who we are as a people and what our values are all about,” the president said here on Saturday.


Obama supports 'the right' for ground zero mosque

Speaking to a gathering at the White House Friday evening to observe the Islamic holy month of Ramadan, Obama said that he believes "Muslims have the same right to practice their religion as everyone else in this country."

"That includes the right to build a place of worship and a community center on private property in lower Manhattan, in accordance with local laws and ordinances," he said. "This is America, and our commitment to religious freedom must be unshakable."

Tuesday, August 3, 2010

Iran and Drugs

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/LapanlelakiIrantelan500ketulansyabu/Article (27 Sept 2010)

Lapan lelaki Iran telan 500 ketulan syabu
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Raja Noraina Raja Rahim2010/09/27

KUALA LUMPUR: Lapan daripada sembilan lelaki warga Iran yang ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin sanggup menelan lebih 500 ketulan dadah syabu dalam usaha menyeludup dadah itu ke Malaysia. Semua suspek terbabit yang kebanyakan bekerja sebagai peladang diupah sindiket dadah antarabangsa agar menelan bungkusan dadah kecil sebesar ibu jari tangan dewasa itu dengan upah AS$20 (RM60) bagi setiap bungkusan yang ditelan.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Othman Harun ketika dihubungi berkata, suspek ditahan petang kelmarin sebaik tiba di KLIA. Menurutnya, semua suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan kemudian ditahan untuk soal siasatan sebelum pihak berkuasa melakukan pemeriksaan dan menemui bungkusan dadah jenis syabu seberat empat kilogram yang disembunyikan di dalam bagasi seorang daripada suspek.

“Hasil siasatan mendapati, suspek cuba menyeludup dadah berkenaan yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta mengikut nilai pasaran tempatan.

“Pihak polis kemudian melakukan pemeriksaan rapi terhadap lapan lagi rakan suspek, namun gagal menemui sebarang dadah di dalam beg bagasi dibawa. Namun, semua teka teki terjawab apabila suspek yang diarah menjalani ujian X-Ray didapati menyembunyikan dadah di dalam perut masing-masing,” katanya. Menurutnya, semua lapan lelaki terbabit kemudian dihantar ke Hospital Kajang dan Hospital Serdang untuk membolehkan bungkusan dadah terbabit dikeluarkan.

“Doktor yang bertugas menggunakan kaedah khas bagi membolehkan semua dadah terbabit dikeluarkan melalui dubur. Difahamkan sehingga hari ini (semalam), semua suspek yang ditahan di hospital berkenaan sudah mengeluarkan kira-kira 500 ketulan dadah dari dalam perut mereka.

“Dianggarkan setiap suspek mampu menelan antara 56 hingga 75 ketulan dadah dalam satu masa. Setakat ini, pihak polis memberi tempoh antara dua hingga lima hari lagi sehingga semua dadah berkenaan habis dikeluarkan dari perut semua suspek berkenaan,” katanya. Menurutnya, setiap bungkusan kecil dadah terbabit dianggarkan seberat 10 gram.

“Jumlah ini benar-benar mengejutkan berikutan suspek sanggup mempertaruhkan nyawa dengan menelan bungkusan kecil dadah terbabit dalam jumlah kuantiti yang besar.

“Semua bungkusan kecil dadah terbabit mencecah nilai RM1.25 juta mengikut nilai pasaran. Polis kini sedang berusaha menjejaki dalang sindiket dadah terbabit yang dipercayai masih berada di dalam negara ini,” katanya. Othman berkata, semua mereka ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika disabitkan kesalahan. “Siasatan awal mendapati suspek yang berusia 20 dan 50-an terbabit bekerja sebagai peladang di Iran sebelum diperdaya dan dipujuk untuk menjadi keldai dadah,” katanya.

Penahanan terbabit adalah kejayaan terbaru selepas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman turut menahan tujuh lelaki warga Iran awal minggu lalu dan merampas syabu bernilai RM3.9 juta dalam serbuan di makmal haram di Petaling Jaya.

--------------------------------------------------------------------------------------

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_02.htm (3 August 2010)

108 warga Iran terlibat dadah ditahan sehingga Julai
KUALA LUMPUR 2 Ogos - Dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, seramai 108 warga Iran termasuk 13 wanita ditahan polis kerana terlibat dalam penyeludupan dan memproses dadah di seluruh negara. Angka yang didedahkan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Othman Harun nyata mengejutkan kerana jumlah tangkapan direkodkan sepanjang tahun lalu hanyalah 20 orang termasuk tujuh wanita.

Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 500 peratus untuk tempoh tersebut berbanding sepanjang tahun lalu. Katanya, berdasarkan perkembangan semasa, angka itu mungkin bertambah dalam lima bulan akan datang.

"Jumlah dadah khususnya syabu yang dirampas adalah 270 kilogram (kg), dianggarkan bernilai hampir RM60 juta sehingga Julai lalu berbanding 13 kg sepanjang tahun lalu.

"Sejak Januari lalu, kegiatan dadah yang didalangi warga Iran kian menjadi-jadi dan hampir setiap hari ada tangkapan dibuat terhadap kurier manusia yang digunakan untuk menyeludup dadah masuk ke negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Katanya, bermacam-macam modus operandi digunakan sindiket termasuk yang terbaru menyorok dalam tapak kasut dan pemegang bagasi.

"Daripada analisis, untuk tiga bulan pertama, mereka cuba menyeludup di antara dua dan 30 kilogram tetapi apabila kerap ditahan pihak berkuasa, sindiket itu membawa pula dalam jumlah sedikit iaitu satu kilogram atau kurang bagi mengelakkan kerugian," katanya.

Beliau menambah, bulan-bulan berikutnya iaitu April dan Mei menampakkan kegiatan sindiket reda seketika namun mereka bergiat aktif semula pada Jun. Othman memberitahu, selain menggunakan kurier manusia, mereka juga menjadikan kediaman-kediaman mewah sebagai makmal memproses dadah.

"Mereka membawa masuk pula minyak syabu yang sebenarnya sudah tiga suku siap, cuma perlu dilakukan proses pengeringan sebelum ia menjadi dadah syabu," katanya merujuk kepada kejayaan polis Kuala Lumpur merampas minyak syabu bernilai RM40 juta baru-baru ini.

Komen:
Macam-macam teknik dilakukan sindiket dadah warga Iran ini. Hukuman yang paling berat negara, iaitu hukuman gantung sampai mati pun tidak dapat menghalang sindiket dadah antarabangsa warga Iran ini daripada melupakan hasrat mereka. Ternyata kehidupan yang daif di negara Iran menjadikan mereka berani untuk membuat macam-macam untuk mencari duit (tak kira lah kalau duit itu halal atau haram).