Saturday, July 24, 2010

MUFLIS Kad Kredit & Loan

Ramai eksekutif terjerat godaan kad kredit untuk hidup mewah.

Comment:

The mass media are all to be blame for the daily showing of Malay dramas (also Chinese dramas, etc.) that portray the luxury lifestyle of not only the rich BUT also the normal layman, who can afford to live extravagantly (with his/her meager salary). The hero and herion in the dramas drove BMW, 4-Wheel-Drive, and other design modified cars.

This also lead to corruption among public and private officers, as they soon learn that their meager salaries are not sufficient to sustain their extravagant lifestyle, hence, corruption and abuse of power become the normal practices of the day.

Lately, there also exists a trend among the middle-age man, who portray middle-age man that live a ‘Dato-like’ lifestyle with his meager salary. Wearing brended clothes and driving expensive cars. Hence, it is not surprising nowadays to read from newspapers that so and so director and manager of firms and public offices indulge in corruptions (see the statistics below).

The mass media and local dramas’ directors need to be more vigilant when making local movies and dramas, better still, local directors should paint a true picture of the negative impact of the extravagant lifestyle, and educate the young (and middle-age) generations on credit traps and other loan debts.

Live smart by living according to your means!

Laporan Khas oleh Mohd Aziz Ngah dan Alzahrin Aliasbminggu@bharian.com.my2010/07/24
KUALA LUMPUR: Seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 44 tahun diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lalu, trend yang amat membimbangkan kerana status itu boleh menjejaskan masa depan golongan muda.

Ini bermakna 41 orang bankrap setiap hari yang antaranya berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit hingga banyak hutang tertunggak selain pinjaman peribadi.

Kebanyakan pemegang kad kredit di kalangan golongan muda menggunakan kemudahan itu untuk berbelanja barangan tidak penting, mewah serta mengeluarkan wang tunai untuk perbelanjaan harian.

Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, berkata dalam tempoh itu, 80,348 kes direkodkan muflis membabitkan semua golongan. Ini bermakna 41 orang muflis setiap hari. “Sepanjang tempoh itu, golongan berusia 35 hingga 44 tahun paling ramai diisytiharkan bankrap. “Golongan pertengahan umur (35 hingga 44 tahun) mencatatkan 25,229 kes atau 31.4 peratus kes diikuti golongan 45 hingga 54 tahun dengan 21,051 kes (26.2 peratus), golongan berusia 25 hingga 34 tahun (13,128 kes atau 16.34 peratus) dan 55 tahun ke atas 9,722 atau 12.1 peratus),” katanya kepada Berita Harian. Beliau berkata, daripada 80,348 kes muflis itu, kes pinjaman sewa beli kenderaan mencatatkan 19,380 kes atau 24.12 peratus daripada keseluruhan kes. Ini bermakna, setiap hari ada 10 pembeli kenderaan diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan hutang dan keseluruhannya 41 individu diisytiharkan bankrap. Jumlah itu diikuti faktor kegagalan menyelesaikan pinjaman peribadi dengan 9,464 kes (11.78 peratus), pinjaman perniagaan dengan 8,786 (10.93 peratus), pinjaman perumahan (6,022 kes atau 7.49 peratus) dan hutang kad kredit (4,417 kes atau 5.5 peratus).

Abdul Karim turut mengakui kebanyakan kes muflis membabitkan golongan muda adalah berkaitan penggunaan kad kredit tidak terkawal dan gagal membayar balik hutang dalam tempoh ditetapkan berbanding kes golongan lebih berusia yang majoritinya berkaitan soal pinjaman perumahan, kenderaan dan perniagaan. Bagaimanapun, katanya, mereka yang sudah diisytiharkan muflis masih berpeluang membuat rayuan termasuk berunding dan merayu tindakan itu tidak diteruskan serta membuat perkiraan bagaimana hutang boleh dijelaskan sekiranya kes petisyen kebankrapan belum difailkan ke mahkamah. Berdasarkan jumlah aduan diterima, masalah berkaitan pinjaman peribadi didapati meningkat dengan ketara bermula dengan 1,487 kes pada 2005, menurun kepada 961 kes (2006) tetapi meningkat semula kepada 1,425 kes (2007), 1,506 kes (2008) dan 2,806 kes pada 2009.

Mengikut Akta Kebankrapan 1967, ada tiga cara bagaimana mereka boleh melepaskan diri daripada status muflis iaitu melalui pembatalan perintah penghukuman; pelepasan dengan perintah mahkamah dan pelepasan melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi. Mengulas situasi itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhamad Sha’ani Abdullah menyifatkan ia suatu yang membimbangkan kerana status muflis itu sendiri dianggap menutup masa depan mereka. “Ada pengadu yang datang ke FOMCA mengakui terlebih berbelanja, sanggup berhutang semata-mata mahu hidup gaya mewah,” katanya. “Mereka sanggup beli set teater rumah yang mewah, aksesori kereta mahal, televisyen canggih sedangkan itu tidak begitu penting berbanding keperluan asas lain. Lebih banyak berhabis duit membeli rumah,” katanya.

Thursday, July 15, 2010

Turki Kuasa Baru Dunia?!



GAMBAR menunjukkan bangunan Krasnye Kholmy di Moscow yang dibina oleh syarikat Turki, ENKA Construction and Industry.

Turki Jadi Kuasa Baru Pembinaan Dunia

ANKARA - Turki kini muncul sebagai kuasa baru sektor pembinaan apabila firma negara berkenaan membina pelbagai infrastruktur termasuk empangan, stadium dan lebuh raya di Asia Barat, Asia Tengah dan Afrika.

Kecewa kerana usaha untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU) tidak berjalan lancar, pemerintah Islam Turki menggunakan strategi yang menggabung pengaruh politik dan kekuatan ekonominya untuk mendapatkan projek di negara-negara membangun, terutamanya dunia Islam dan rantau bekas Kesatuan Soviet (USSR), sebelum bertapak di benua Afrika sejak beberapa tahun lalu.

Walaupun masih belum setanding berbanding pesaing utama mereka dari Eropah, Amerika Syarikat (AS), China dan Jepun, nilai projek luar negara Turki melonjak daripada AS$750 juta (RM2.3 bilion) pada 2000 kepada AS$23.6 bilion (RM75.4 bilion) pada 2008.

Pemerintah Turki menyatakan, mereka berharap nilai kontrak antarabangsa negara berkenaan dapat ditingkatkan kepada sekitar AS$50 bilion (RM159.8 bilion) menjelang 2015. Turki merupakan kontraktor utama di negara-negara bekas USSR.

Hampir suku perniagaan pembinaan di negara Rusia dilakukan firma-firma Turki. Firma-firma dari Turki turut mempunyai projek pembinaan di Libya dan dua negara bekas USSR, Turkmenistan serta Kazakhstan. Firma-firma negara itu melancarkan projek perintis di Brazil dan Angola pada 2009 dan turut terbabit di Qatar, Algeria, Iraq, Romania dan Afghanistan.

Antara projek besar melibatkan firma Turki termasuk membina pusat membeli-belah mirip sebuah khemah yang dinamakan Khan Shatry di ibu negara Kazaskhtan, Astana dan bangunan Piramid Keamanan setinggi 77 meter yang dibina daripada gelas, juga di Astana. Piramid berkenaan yang dilengkapi sebuah dewan opera, perpustakaan dan pusat penyelidikan kebudayaan dibina dengan kos AS$65 juta (RM207.8 juta). - AP

Komen:
Mungkinkah negara Turki kembali menguasai dunia (Islam dan Eropah) seperti dalam era kegemilangannya pada zaman Kesultanan Othmaniah.

Friday, July 2, 2010

Anak Tak Sah Taraf / Anak Luar Nikah

IPOH 1 Julai – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, negara sedang berdepan krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa.

Titah baginda, berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari.

Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu 30,978 beragama Islam, Hindu (18,085), Buddha (17,236) dan Kristian (3,395). Baginda bertitah, anak luar nikah berketurunan Melayu meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.

“Nyatalah masalah anak luar nikah makin meningkat. Lebih mendukacitakan, perlakuan meninggalkan bayi baru lahir termasuk di tepi-tepi jalan dan di dalam tong sampah semakin menjadi-jadi.

“Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat mencatatkan sejak tahun 2004, sebanyak 506 kes membuang bayi dengan jumlah terbesar sebanyak 102 kes pada tahun 2008,” titah baginda. Baginda bertitah pada Persidangan Ke-172 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini.