Saturday, November 5, 2016

Gaji sehingga RM100,000 sebulan !


Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/rm100-000-ikat-cheng-hoe-1.403650


RM100,000 ikat Cheng Hoe?

Jurulatih Kedah akui dilamar pasukan lain, serah nasib kepada KFA


KEJAYAAN membawa Kedah muncul juara Liga Perdana 2015 adalah permulaan




KEJAYAAN membawa Kedah muncul juara Liga Perdana 2015 adalah permulaan kepada musim cemerlang Tan Cheng Hoe bersama skuad Lang Merah.
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kejayaan membawa Ke­dah menjulang Piala Malaysia, menamatkan kempen Liga Super di tangga ketiga dan melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA musim ini menyebabkan saham jurulatihnya, Tan Cheng Hoe me­lam­bung.
Sebaik saha­ja tamat Piala Malaysia, Ahad lalu, jurulatih ber­usia 48 tahun itu pantas dikaitkan de­ngan perpindahan ke beberapa pasukan tanah air, termasuk Pulau Pinang kerana kontraknya ber­sama Lang Merah tamat, hujung tahun ini.
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang tidak mahu kehilangan jurulatih kesaya­ngan mereka itu dikatakan sanggup menaikkan gajinya sehingga RM100,000 sebulan bagi memastikan kepakaran Cheng Hoe tidak terlepas ke tangan pasukan lain.

“Saya boleh katakan 90 pe­ratus Cheng Hoe akan kekal di Kedah kerana dia mungkin diberi tawaran kontrak yang le­bih lumayan dan dianggarkan hampir RM100,000 sebulan.
“Jadi besar kemungkinan dia tidak akan berhijrah ke pasukan lain, walaupun dikaitkan dengan Pulau Pinang.
“Saya juga difahamkan Kedah bakal mendapat peruntukan lebih besar berbanding sebelum ini kerana mereka telah menjuarai Piala Malaysia.

“Sukar untuk saya katakan sama ada dia akan tinggalkan Kedah atau sebaliknya namun saya fikir dia mungkin akan kekal bersama Lang Merah,” kata sumber rapat KFA kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Cheng Hoe me­ngakui, dia ada dirisik beberapa pa­sukan dalam Liga Malaysia, namun menegaskan masa depannya bersama Kedah bergantung kepada pe­ngurusan KFA sama ada mereka mahu menggunakan khidmatnya atau tidak, musim depan.

Enggan mendedahkan pasukan mana yang cuba merisik, jurulatih itu sebaliknya berkata, buat masa ini hatinya bersama Lang Merah.

“Kontrak saya tamat pada bulan ini dan sama ada saya kekal bersama Kedah atau tidak itu bergantung kepada pihak pengurusan untuk menentukannya.

“Memang ada beberapa pa­sukan berminat untuk mendapatkan khidmat saya tetapi saya tidak boleh beritahu anda (media) berapa pasukan yang melamar saya,” katanya.
Cheng Hoe juga adalah orang yang bertanggungjawab membawa Kedah muncul juara Liga Perdana musim lalu, kejayaan yang membolehkan mereka kembali bersaing dalam Liga Super.

Selain itu, dia turut membantu Lang Merah melangkah ke final Piala Malaysia tetapi tewas 0-2 kepada Selangor.
Kedah bagaimanapun membalas dendam ke atas Sela­ngor dalam perlawanan akhir Piala Malaysia, Ahad lalu apabila menang menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Shah Alam.


Komen: 

1- Cemerlang sangat lah tu - kedua-dua pasukan terikat 1-1

2- Gaji RM100,000 sebulan, itu lebih tinggi daripada gaji Menteri Belia & Sukan ?!  


.

Perjanjian Perniagaan Malaysia China bernilai RM140 Bilion !

Sumber:
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kl-putrajaya/pm-sangkal-dakwaan-1.403822





NAJIB TUN RAZAK bersama-sama jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Dongzhimen, sebuah masjid terk


NAJIB TUN RAZAK bersama-sama jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Dongzhimen, sebuah masjid terkenal dan tertua di Beijing, China, semalam. Najib kemudian turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada imam masjid itu, Wang Chong-en. – BERNAMA
KUALA LUMPUR 4 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar pihak yang menyebarkan cerita untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini kononnya Malaysia sedang dijual melalui pelbagai perjanjian perniagaan bernilai le­bih RM140 bilion yang ditandata­ngani dengan China semasa lawatan seminggu beliau ke negara itu.
Beliau berkata, dakwaan demikian adalah tidak benar sama sekali.

“Nampaknya ada sesetengah pihak yang kelihatan tidak me­nyambut baik pelaburan ke dalam ekonomi Malaysia ini dan nampaknya tidak mahukan hasilnya yang membawa pekerjaan, kemahiran dan penambahbaikan terhadap kehidupan rakyat.

“Ada yang menyebarkan cerita untuk menakut-nakutkan ko­nonnya Malaysia sedang dijual. Ini tidak masuk akal dan adalah palsu sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Najib berkata, lawatan rasmi beliau ke China, yang merupakan gergasi ekonomi, membuka laluan kepada termeterainya 14 memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian antara perniagaan dengan perniagaan bernilai RM143.64 bilion, di samping 16 MoU dan perjanjian antara kerajaan dengan kerajaan.

Menurut beliau, ia merupakan suatu undi kepercayaan yang besar terhadap ekonomi satu sama lain serta hubungan muhibah dan kepercayaan yang telah dibina antara China dan Malaysia.

Najib menegaskan, bahawa projek infrastruktur yang terkandung dalam perjanjian ber­kenaan akan terus menjadi milik Malaysia dan dikendalikan rakyat Malaysia sendiri.
“Bagaimanapun, demi manfaat bersama, kita membinanya secara kerjasama dengan rakan kita dari China, sama seperti firma Malaysia mengadakan usaha sama dalam melaksanakan projek termaju di seluruh China,” kata Perdana Menteri.

Najib berkata, perjanjian ber­kenaan akan menyemarakkan lagi ekonomi Malaysia serta membantu seluruh rakyat negara ini untuk mendapatkan peluang lebih baik serta menikmati kehidupan lebih makmur.

“Ini kerana semua perjanjian ini sebenarnya adalah untuk seluruh rakyat kita. Ia sama seperti beribu-ribu penternak burung layang-layang dan setengah juta pekebun kecil sawit kerana ia diusahakan untuk syarikat terkenal,” kata Najib.
Beliau menegaskan, bahawa perjanjian berkenaan akan me­ngukuhkan lagi hubungan ekonomi Malaysia-China dan memberi manfaat ketara kepada rakyat untuk beberapa dekad akan datang.

Perjanjian yang ditandatangani itu akan memberi manfaat besar dan berkekalan kepada Malaysia, kata beliau, dan mengambil contoh projek Landasan Kereta Api Pantai Timur, yang akan membawa transformasi sepenuhnya kepada pantai timur Semenanjung Malaysia.

Najib berkata, semua perjanjian yang ditandatangani itu akan memastikan hasil pembangunan negara dikongsi secara sama rata, de­ngan kereta api berkenaan bertindak sebagai landasan bagi koridor baharu pertumbuhan bagi Malaysia.
Beliau juga menyentuh tentang Saluran Paip Gas Trans Sabah yang akan memberi jaminan tenaga dan merancakkan lagi pembangunan ekonomi di negeri itu demi kebaikan rakyatnya.

“Pembaharuan perjanjian kerjasama pertahanan kita, disertai perjanjian pertahanan besar-besaran pertama antara kedua-dua negara, dengan pembinaan empat kapal misi pesisir, akan meningkatkan lagi hubungan keselamatan antara kedua-dua negara. – BERNAMA


.