Monday, April 22, 2013
MERIT-BASED VS TIME-BASED ?!
MERIT-BASED VS TIME-BASED:
3.4 Kenaikan pangkat secara terbuka berdasarkan merit-based seperti apa yang diamalkan oleh
semua universiti sekarang adalah tidak sesuai lagi dijadikan syarat mutlak, sebaliknya kenaikan
pangkat secara time-based dan kecemerlangan dalam niche area dan pentadbiran (Ketua PTj)
perlu juga diambil kira untuk para pensyarah universiti seperti apa yang diamalkan oleh jabatan
kerajaan yang lain.
3.5 Walaupun kenaikan pangkat pensyarah universiti adalah terbuka akan tetapi ia lebih sukar
dibandingkan secara time-based. Ini adalah kerana penilaian yang dibuat oleh jawatankuasa
kenaikan pangkat adalah terlalu subjektif sehingga para pensyarah tidak tahu yang mana satukah
yang perlu diberi penekanan khusus.
3.6 Kenaikan pangkat pensyarah universiti tidak sepatutnya dilihat kepada penglibatan dan
pencapaian dalam bidang akademik sahaja sebaliknya perlu juga dinaikkan pangkat berdasarkan
kecemerlangan dalam bidang bukan akademik.
3.7 Untuk pensyarah yang dinaikkan pangkat melalui saluran bukan akademik atau time-based
adalah dicadangkan agar mereka tidak diberi gelaran Profesor Madya atau Profesor. Ini adalah
untuk membezakan sama ada kenaikan pangkat itu berdasarkan kecemerlangan akademik atau
time-based. Walau bagaimanapun kenaikan pangkat bukan secara akademik dicadangkan
diberikan sekali sahaja dalam perkhidmatan seseorang pensyarah sebagaimana diterangkan pada
Huraian 1,2,3 dan 4.
3.8 Bagi guru sekolah, selain dari kenaikan pangkat secara time-based , NUTP adalah amat kuat
untuk mendesak menteri KPM mengadakan lebih banyak jawatan-jawatan kenaikan pangkat
secara hakiki dengan alasan kononnya untuk memertabatkan profesion perguruan. Dengan ini
profesion perguruan sekarang menjadi rebutan ramai orang kerana cepat naik pangkat tetapi
perkara ini tidak wujud bagi pensyarah universiti yang kononnya untuk mengawal kualiti
seseorang pensyarah.
3.9 Gelaran jawatan Profesor Madya dan Profesor inilah yang sebenarnya menyekat kenaikan
pangkat pensyarah universiti, oleh itu kertas kerja ini memberi peluang kenaikan pangkat dengan
menyembunyikan gelaran tersebut agar kenaikan pangkat para pensyarah tidak terlalu rigid
sebagaimana yang diamalkan sekarang ini.
SOURCE:
http://utimas.uitm.edu.my/images/stories/pdf/kk1.pdf
http://utimas.uitm.edu.my/kertas-kerja.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment