Sunday, March 8, 2009

Time Artis Nikah Berdulang2, Time Cerai Pakai SMS Aje...









URLhttp://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20081130110335/Article/index_html (30th Nov 2008)

Bimbang jadi ikutan (Kes Cerai)
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan SHAMRAN SARAHAN

KUALA LUMPUR: Barangkali ada beranggapan ia kebetulan, tetapi realitinya belum pernah industri hiburan tanah air menyaksikan terbongkar kisah sekurang-kurangnya 18 artis terbabit masalah rumah tangga dengan sebahagian besar membabitkan kes perceraian hanya dalam tempoh 11 bulan.Lebih ‘menakjubkan’, dalam tempoh itu perceraian di kalangan golongan terbabit berlaku hampir setiap bulan.Berdasarkan rekod, penyanyi, Azharina Azhar atau Azharina, 23, membuka tirai episod perceraian 2008 apabila bercerai dengan suaminya Datuk Sukri, 50, pada Februari lalu.Ini diikuti penyanyi, Farah Asyikin Zulkifli atau Farah Asyikin, 28, dengan Dr Fariz Yahya, 30 (26 Mei), sehinggalah yang terakhir pelakon, Nasrizal Ngasri (atau Bell), 29, dengan Nur Farhana Mahamad Fauri, 26, (24 November). Noraniza Idris, 40, turut bercerai untuk kali kedua dalam tempoh berkenaan, tetapi tarikhnya tidak diketahui.
Menarik mengenai kontroversi membabitkan Bell, pelakon filem baru Antoo Fighter itu pernah membuat penafian menghantar SMS cerai kepada isterinya dan mengakui hanya mengikuti sesi kaunseling di akhbar ini, tetapi kebenaran akhirnya terungkai apabila kes SMS itu dibawa ke mahkamah sehingga sah bercerai talak satu.Selain perceraian, beberapa artis turut terbabit pergolakan rumah tangga dengan kisah pelakon, Mohamed Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim, 32, dan Arbaeyah Abdul Manan atau Abby Abadi, 30, paling hangat diperkatakan, terutama selepas Norman ditangkap khalwat dengan pelakon baru, Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20. Abby meminta supaya diceraikan tetapi sehingga hari ini tiada kisah terbaru daripada mereka.Kisah penyanyi, Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, atau Erema yang memfailkan cerai terhadap suaminya, Jamaludin Sulik atau Seri Bayu, 43, juga mendapat perhatian kerana permohonan cerai dibuat ketika penulis lirik itu menderita penyakit saraf dan dalam keadaan tidak upaya.Kes tuntutan cerai Erema akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya Selangor, 1 Disember ini.Turut tersenarai dalam kontroversi pergolakan rumah tangga sepanjang tempoh 11 bulan ini ialah pelakon, Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 28, atau Beego dengan isterinya Intan Shahira Mohd Shahru, 27, yang kesnya masih dalam perbicaraan dan penyanyi, Jamaluddin Elias, 48, atau Nash dengan Sosilawati Lawiya, 44, yang perbicaraan kes perceraian mereka sudah selesai tetapi masih tinggal berasingan walaupun mahkamah memutuskan mereka sah sebagai suami isteri.Pengarah dan pelakon, Aziz M Osman, 46, pula meragui status perkahwinannya dengan ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22, sehingga terpaksa mencari penyelesaian di Mahkamah. Kes ini masih dalam perbicaraan.Terbaru, penyanyi dan pelakon, Mohd Radhi Razali, 31, atau Radhi OAG turut terbabit dalam kemelut pergolakan rumah tangga di kalangan artis apabila isterinya, Shazlin Sharif, 30, memohon fasakh dan pengesahan perceraian. Bagaimanapun, Radhi tidak hadir buat kali ketiga 25 November lalu.Bagi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), ia fenomena membimbangkan, manakala Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Penyanyi Pemuzik Dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita) mahu campur tangan untuk membantu dengan mempertimbangkan mengadakan kursus mengenai pentingnya institusi perkahwinan dan kebahagiaan rumah tangga kepada golongan terbabit.Presiden PGSM, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata apabila timbul masalah membabitkan artis, sekalipun mengenai pergolakan rumah tangga, ia wajar diberi perhatian serius.“Artis perlu sedar mereka ada peminat yang mengikuti perkembangan hidup mereka. Sebab itu mereka perlu berhati-hati dan bersikap rasional dalam apa jua tindakan yang bakal diambil.“Segala keputusan, sama ada suka atau tidak, mereka perlu fikir panjang. Ini kerana permasalahan itu, mahu tidak mahu, terpaksa dikongsi dengan peminat dan masyarakat,” katanya.Beliau berkata, dia khuatir perceraian di kalangan artis dianggap perkara biasa dan secara tidak langsung menjadi ikutan membuta tuli.“Kita tidak mahu tanggapan begini terjadi, ia (perceraian) dianggap norma biasa. Orang akan kata, perceraian bukan perkara asing lagi, apatah lagi membabitkan artis,” katanya.

No comments:

Post a Comment