Tuesday, December 14, 2010

Hakim Mahkamah Syariah


KOMEN:

Apa sudah jadi dengan hakim mahkamah syariah kita? Hakim mahkamah syariah umpama 'ustaz' yang berjawatan tinggi... gaji pun boleh tahan... tapi sempat lagi buat rasuah?!

Antara masalahnya, mungkinkah:

1- Gaji tak cukup tinggi?
2- Tidak ada sistem 'check and balance' yang berkesan daripada pihak atasan?
3- Mungkin juga tiada sistem 'maklumbalas awam' yang efektif (effective public feedback), dimana pendapat dan pandangan umum (aduan awam) dianggap 'sampah.'

Buatlah 'interview' dengan 'hakim' tersebut, dan tanyalah apakah sebenarnya yang berlaku sehingga menyebabkan keruntuhan darjat/moral yang begitu drastik?

Bekas hakim dipenjara 19 tahun kerana rasuah
14/12/2010 4:03pm
IPOH 14 Dis. - Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shapie hari ini dihukum penjara 19 tahun dan denda RM210,000 selepas disabitkan atas tujuh pertuduhan rasuah. - Utusan


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm (14th Dec 2010)

Bicara Hakim Syarie khalwat 31 Januari (2011)

PULAU PINANG 13 Dis. – Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan pasangannya yang sebelum ini ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) kerana disyaki bersekedudukan, dilepaskan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini dengan bon mahkamah RM3,000 setiap seorang.

Hakim Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya menetapkan jumlah tersebut selepas pihaknya dimaklumkan oleh peguam Ahmad Munawir Abd. Aziz yang mewakili pasangan terbabit bahawa anak guamnya sudah berkahwin di luar negara.

Pada prosiding di mahkamah hari ini, peguam itu turut mengemukakan surat pengesahan pernikahan pasangan terbabit. ‘‘Justeru itu, pihak pembelaan memohon siasatan semula dilakukan sebelum sebarang tindakan lanjut diambil terhadap suspek sama ada mereka didakwa ataupun sebaliknya atas tuduhan berkenaan,’’ kata Ahmad Munawir.

Nik Bukhari menetapkan 31 Januari depan untuk sebutan semula kes tersebut bagi membolehkan tindakan susulan dibuat oleh pihak pendakwaan terhadap suspek yang berusia 40-an dan 30-an. Terdahulu, kedua-dua suspek hadir ke mahkamah pada pukul 10 pagi diiringi peguam mereka, Ahmad Munawir yang turut dibantu oleh Wan Faridulhadi Md. Yusof.

Kes tersebut kemudiannya didaftarkan oleh Bahagian Pendakwaan JAIPP. Ketua Pendakwa Syarie, Mohd. Zulkhairi Aziz mendaftarkan kes itu mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 iaitu berkhalwat. Bagaimanapun pertuduhan berkenaan tidak dibacakan terhadap pasangan itu setelah pihak pembelaan mengemukakan representasi kepada Ketua Pendakwaan Syarie Pulau Pinang supaya kes tersebut disemak semula.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_07.htm (10 Dec 2010)
Tindakan tegas hakim khalwat

PULAU PINANG 9 Dis. – Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) hari ini mengesahkan seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah di negeri ini ditahan kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di sebuah perumahan kerajaan di sini Ahad lalu.

Pengarahnya, Sazali Hussin berkata, buat masa ini, kes membabitkan hakim tersebut yang berusia lingkungan 40-an dan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sini sedang giat dijalankan. “Kita bertindak atas aduan yang dibuat orang awam dan buat masa ini tidak dapat beri komen kerana ia masih dalam siasatan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan, seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa JAIPP kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown di sini, pada Ahad lalu. Menurut laporan itu, hakim terbabit ditahan kira-kira pada pukul 2 pagi dan ketika serbuan dilakukan isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan berada di ibu kota.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai penangkapan seorang hakim dan wanita kerana disyaki berkhalwat. Sementara itu, di ibu negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap hakim syariah tersebut.

Hakim syariah bersekedudukan
Oleh Idris Musa

KUALA LUMPUR: Seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan di Georgetown, Ahad lalu. Menurut sumber, hakim terbabit yang berusia 40-an ditangkap ketika bersama pasangannya kira-kira jam 2 pagi.

“Sewaktu kejadian, isteri dan anaknya tiada di rumah kerana dikatakan ke ibu kota. “Pasangan itu ditangkap penguat kuasa agama hasil maklumat diperoleh,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Hakim terbabit dikatakan berkhidmat di Mahkamah Tinggi Syariah di sebuah negeri di utara Semenanjung sejak lebih setahun lalu. Sebelum ini, beliau bertugas di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Putrajaya. Kes berkenaan bagaimanapun masih di peringkat siasatan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan hakim terbabit belum didakwa, sebaliknya dia dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam selama seminggu.

Sumber itu berkata, kes berkenaan agak sulit (??) kerana mempunyai unsur ugutan daripada tertuduh terhadap pegawai penyiasat. Namun, katanya, pihak penyiasat sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan. “Pada masa ini hakim terbabit diberi jaminan penguat kuasa. Tempoh jaminan akan berakhir Isnin depan dan pada hari berkenaan, kes dijangka disebut di mahkamah syariah.
“Beliau sebelum ini dikatakan mengugut pegawai siasatan dan penguat kuasa dengan mengancam untuk mengambil tindakan jika mereka meneruskan kes berkenaan kerana beliau mendakwa mempunyai hubungan rapat dengan pihak atasan,” katanya.




.