Tuesday, November 17, 2009

Bai'ah Taat Setia...


URLhttp://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Mutakhir/20091110171733/Article/index_html (17 November 2009)

Nik Aziz nafi wujud Bai'ah


KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan wujudnya apa yang dinamakan sumpah bai'ah yang membawa kepada perceraian isteri sehingga menjadi polimik baru dalam kepimpinan Pas sekarang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan Pas yang mula diterima oleh masyarakat umum. "Sebenarnya Pas ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan Pas.

"Di Kelantan, isu bai'ah ini tak timbul langsung," katanya kepada pemberita di sini hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.

Khalid Samad dari Pas, mengakui wujudnya syarat yang menghendaki pemimpin pemimpin parti itu melafazkan bai'ah iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti.

Bagaimanapun Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata Majlis Syura Pas tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah sedemikian.


Komen:

Ada yang nafi, ada yang mengakui… tak duduk bincang bersama ke?