Source:
http://mitasa.uitm.edu.my/v2/index.php/en/info/berita/arkib/112-memorandum-semakan-gaji-dan-penambahbaikan-skim-perkhidmatan-pensyarah-uitm (24 August 2016)
MEMORANDUM SEMAKAN GAJI DAN PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UiTM
- Administrator
- Berita Arkib
- Hits: 100
- PENGENALAN
Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) dan Persatuan Akademik UiTM (UTiMAS) telah mengadakan Bengkel Semakan Gaji & Pernambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM pada 19 – 20 Disember 2010 di Hotel Seri Malaysia, Melaka. Hasil rumusan perbincangan tersebut MITASA & UTiMAS secara bersama mengajukan Memorandum Cadangan Semakan Gaji & Pernambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM kepada YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.
2. CADANGAN PERATUSAN (%)KENAIKAN GAJI PENSYARAH
Peratusan kenaikan gaji pensyarah dicadangkan seperti jadual di bawah:
GRED GAJI
|
PERATUSAN KENAIKAN
|
DM 29
|
100%
|
DM 32
|
100%
|
DM 34
|
100%
|
DM 41
|
90%
|
DM 45
|
90%
|
DM 46
|
90%
|
DM 51
|
80%
|
DM 52
|
80%
|
DM 53
|
80%
|
DM 54
|
80%
|
VK7
|
70%
|
VK 6
|
70%
|
VK 5-VK4
|
70%
|
Jadual 1: Cadangan Peratusan Kenaikan Gaji Baru
3. RASIONAL SEMAKAN SEMULA KENAIKAN GAJI PENSYARAH
1. Perubahan-perubahan gaji telahpun dibuat di beberapa kementerian dan jabatan seperti polis, tentera dan guru tetapi di Kementerian Pengajian Tinggi , tangga gaji kakitangan akademik masih lagi di tangga gaji yang lama.
2. MITASA dan UTIMAS mewakili kakitangan akademik UiTM seluruh Malaysia berpendapat sudah sampai masanya bagi kerajaan mempertimbangkan penyemakan tangga gaji kakitangan akademik UiTM. Ini memandangkan hampir sepuluh (10) tahun semakan Skim Saraan Malaysia (SSM) tidak dibuat terhadap tangga gaji kakitangan akademik UiTM.
3. Berpandukan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang dikeluarkan dalam tempoh 10 tahun (2001-2010) oleh Jabatan Perangkaan Negara, didapati nilai kuasa beli turun kepada 12%. Perubahan gaji juga dicadangkan berdasar kepada kenaikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 110%. Justeru, anggaran kenaikan sebanyak 55% (110% ÷ 2) dan tambahan dibuat untuk 10 tahun akan datang dan dicadangkan kenaikan antara 70% hingga 100% .
- Kenaikan 10% setiap tahun bermula dari tahun 2001
- Indek harga oleh Jabatan Perangkaan. GDP pada tahun 2000, 3.56 meningkat kepada 7.47 pada tahun 2010. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 110%.
- Tahun 2007 bukan semakan gaji perkhidmatan awam tetapi pindahan skim gaji. Jadi sudah sampai masanya skim gaji perkhidmatan pensyarah UiTM dan universiti juga disemak semula secara menyeluruh.
- Pada masa kini gaji pensyarah UiTM jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan perkhidmatan KPT yang lain ditangga gaji gred yang sama. (Rujuk lampiran 1: Pekeliling 33/2007)
4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN DM
Di samping cadangan semakan gaji, MITASA dan UTIMAS juga mencadangkan agar elaun untuk pensyarah UiTM yang sedia ada seperti Elaun Perkhidmatan/Keraian, Perumahan dan Wilayah dinaikkan mengikut peratus kenaikan gaji seperti di jadual 1. Disamping itu kami juga :
- Elaun Rekreasi
Memohon kerajaan menyelaraskan pemakaian Elaun Rekreasi kepada semua perkhidmatan awam kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Elaun rekreasi RM3000,00 telah bertambah kepada RM4000.00 setahun dan telah dinikmati oleh kakitangan awam lain. Pada masa kini pensyarah UiTM dinafikan hak dan langsung tidak menerima elaun rekreasi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh JPA. (Rujuk lampiran 2: Pekeliling Perbendaharaan Bil.7, Tahun 2007)
Memohon kerajaan memberi tambahan kenaikan sebanyak 100% elaun rekreasi dan diberi kepada semua kumpulan A.
- Perlindungan Insuran Kesihatan (Medical Insurance)
Memohon kerajaan menyerapkan pembayaran premium insuran kesihatan yang seragam dan mencadangkan supaya kerajaan membiayai premium insuran untuk semua kakitangan kerajaan sepanjang hayat selepas bersara.
- Panel Kesihatan untuk kakitangan & Keluarga Selepas Bersara
Panel kesihatan untuk kakitangan UiTM dan keluarganya hendaklah dilanjutkan selagi kakitangan masih hidup dan menerima pencen.
- PENUTUP
UiTM diamanahkan dengan tanggungjawab “Mengubah Destini Anak Bangsa” (MDAB) dengan jumlah pelajar terbesar di dunia. Justru itu tanggungjawab pensyarah UiTM akan menjadi lebih penting dan mencabar. Selain itu, UiTM juga memikul tanggungjawab memenuhi keperluan dasar-dasar kerajaan dari segi pendidikan tinggi negara. Oleh itu kenaikan yang dicadangkan ini adalah bersesuaian dengan tanggungjawab yang akan dipikul oleh tenaga akademik UiTM.
Disediakan oleh :
Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) dan Persatuan Akademik UiTM (UTiMAS)
Jawatankuasa Bersama Semakan Gaji Pensyarah UiTM
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam
Selangor DARUL EHSAN
16 Mac 2011
.
No comments:
Post a Comment