Monday, March 6, 2017

JPA akan teliti dakwaan berkaitan gaji pensyarah !


Source:
http://www.bharian.com.my/node/256281#cxrecs_s


AHAD, 5 MAC 2017 @ 5:45 PM 

JPA akan teliti dakwaan berkaitan gaji pensyarah 

Oleh Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my




DATUK Seri Zainal Rahim Seman (dua kiri) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya (kiri) menyampaikan cenderamata kepada kontijen yang bertanding pada majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan MAKSAK 2017 di Dewan Jubli Perak Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

SHAH ALAM: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneliti semula semua isu berhubung dakwaan skim gaji 35,000 pensyarah Universiti Awam (UA) yang tidak diperbaharui sejak 15 tahun lalu. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata, sebelum sistem saraan Malaysia sedia ada diperkenalkan dahulu, pihak JPA sudah membuat kajian terperinci mengenai gaji pensyarah. 

"Kita akan lihat semula apa yang dimaksudkan oleh pihak yang menyatakan sedemikian. Kita akan teliti semula bagi melihat kelemahan isu-isu yang dibangkitkan," katanya selepas menyempurnakan Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Karnival Sukan Maksak Malaysia di sini, hari ini. 

Hari ini, BH menyiarkan kenyataan Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin yang mendakwa pensyarah seolah-olah kurang diberikan perhatian berbanding guru yang sering menikmati pelbagai insentif baharu. Beliau dilaporkan berkata, kualiti perkhidmatan lebih 35,000 pensyarah UA di negara ini dikhuatiri terjejas apabila skim perkhidmatan dan gaji tidak berubah sejak 15 tahun lalu, malah ketinggalan berbanding penjawat awam lain.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/256281#cxrecs_s



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Source:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0601&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

ARKIB : 01/06/2011

Kerajaan digesa semak semula skim gaji pensyarah UiTM


SHAH ALAM 31 Mei - Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (Mitasa) dan Persatuan Akademik UiTM (UTiMAS) menggesa kerajaan dan UiTM supaya menyemak semula skim gaji pensyarah universiti itu yang tidak disemak melebihi 10 tahun.
Gesaan tersebut dibuat menerusi kenyataan bersama oleh dua badan induk kakitangan akademik itu yang dikeluarkan oleh Presiden Mitasa, Ab Latiff Ishak dan Presiden UTiMAS, Prof. Dr. Mohamad Awang di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, satu bengkel Permurnian Semakan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM telah dianjurkan oleh Mitasa dan UTiMAS pada 26-28 Mei 2011 bagi meneliti kedudukan skim gaji pensyarah masa ini.
Hasil mesyuarat di bengkel tersebut, jelas kenyataan itu beberapa keputusan telah dibuat bagi memartabatkan kembali kedudukan kakitangan akademik UiTM.
Mitasa dan UTiMAS, menurut kenyataan itu sebulat suara berpendapat bahawa apa jua kebajikan dan maruah kakitangan akademik UiTM perlu dibela dan dimartabatkan kembali di persada yang membanggakan selaras dengan khidmat bakti mereka.
"Para akademia UiTM merupakan pemangkin kecemerlangan akademik universiti demi menjaga kepentingan dan usaha murni kerajaan Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).
"Kakitangan akademik adalah tonggak sesebuah universiti di mana core-business universiti ialah akademik. Amanah dan tanggungjawab yang dipikul di bahu para akademia UiTM memerlukan komitmen dan usaha yang tinggi bagi merealisasikan hasrat bangsa dan negara tercinta.
"Pembelaan serta ganjaran yang setimpal wajib diberikan perhatian serius demi menjaga keutuhan kecemerlangan akademia UiTM. Pengabaian kecemerlangan akademik bermakna keruntuhan kualiti dan keruntuhan wibawa universiti," jelas kenyataan tersebut yang diemelkan kepada Utusan Malaysia.
Menurut kenyataan itu, bagi memantapkan kembali kecemerlangan akademik, beberapa syor untuk tindakan segera telah dicadangkan.
* Skim perkhidmatan dan proses kenaikan pangkat para akademia perlu disemak semula untuk penambahbaikan.
* Hak dan keistimewaan sedia ada yang berdaya saing perlu digunapakai dengan segera.
* Sumbangan dan penat jerih para akademia dalam mendidik anak bangsa ke persada antarabangsa wajib diberikan perhatian dan ganjaran yang setimpal dan sepatutnya.
* Beberapa kes anomali yang wujud seperti di antara Gred DM52 dengan gred jawatan setara DG52/DH52 serta kes anomali Gred DM53/DM54 perlu diselesaikan segera.
* Pensyarah DM41 dan DM45 yang telah lama berkhidmat perlu diberi peluang kenaikan pangkat dengan segera.
"Pada masa sekarang, perkara-perkara di atas kurang diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak pengurusan dan pentadbiran UiTM.
"Sudah sampai masanya pihak kerajaan dan pihak pengurusan UiTM melihat kembali kedudukan kakitangan akademik UiTM bagi mengelakkan wujudnya ketidakpuasan kakitangan akademik terhadap pihak universiti dan kerajaan," jelas kenyataan itu.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0601&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm#ixzz4aSSZIhRZ 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



.

Sunday, March 5, 2017

MEMORANDUM SEMAKAN GAJI DAN PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UiTM



Source:
http://mitasa.uitm.edu.my/v2/index.php/en/info/berita/arkib/112-memorandum-semakan-gaji-dan-penambahbaikan-skim-perkhidmatan-pensyarah-uitm  (24 August 2016)




  1. PENGENALAN
Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) dan Persatuan Akademik UiTM (UTiMAS) telah mengadakan Bengkel Semakan Gaji & Pernambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM pada 19 – 20 Disember 2010 di Hotel Seri Malaysia, Melaka. Hasil rumusan perbincangan tersebut MITASA & UTiMAS secara bersama mengajukan Memorandum Cadangan Semakan Gaji & Pernambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM kepada YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.  
 2.    CADANGAN PERATUSAN (%)KENAIKAN GAJI PENSYARAH
 Peratusan kenaikan gaji pensyarah dicadangkan seperti jadual di bawah:
GRED GAJI
PERATUSAN KENAIKAN
DM 29
100%
DM 32
100%
DM 34
100%
DM 41
90%
DM 45
90%
DM 46
90%
DM 51
80%
DM 52
80%
DM 53
80%
DM 54
80%
VK7
70%
VK 6
70%
VK 5-VK4
70%
Jadual 1: Cadangan Peratusan Kenaikan  Gaji Baru
3.  RASIONAL SEMAKAN SEMULA KENAIKAN GAJI PENSYARAH
 1.  Perubahan-perubahan gaji telahpun dibuat di beberapa kementerian dan jabatan seperti polis, tentera dan guru tetapi di Kementerian Pengajian Tinggi , tangga gaji kakitangan akademik masih lagi di tangga  gaji yang lama. 
 2. MITASA dan UTIMAS mewakili kakitangan akademik UiTM seluruh Malaysia berpendapat sudah sampai masanya bagi kerajaan mempertimbangkan penyemakan tangga gaji kakitangan akademik UiTM. Ini memandangkan hampir sepuluh (10) tahun semakan Skim Saraan Malaysia (SSM) tidak dibuat terhadap tangga gaji kakitangan akademik UiTM.
 3. Berpandukan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang dikeluarkan dalam tempoh 10 tahun (2001-2010) oleh Jabatan Perangkaan Negara, didapati nilai kuasa beli turun kepada 12%. Perubahan gaji  juga dicadangkan  berdasar kepada kenaikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)  110%. Justeru, anggaran kenaikan sebanyak 55% (110% ÷ 2) dan tambahan dibuat untuk 10 tahun akan datang dan dicadangkan kenaikan  antara 70% hingga 100% .
 - Kenaikan 10% setiap tahun bermula dari tahun 2001
- Indek harga oleh Jabatan Perangkaan. GDP pada tahun 2000, 3.56 meningkat kepada 7.47 pada tahun 2010. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 110%.
- Tahun 2007 bukan semakan gaji perkhidmatan awam tetapi pindahan skim gaji. Jadi sudah sampai masanya skim gaji perkhidmatan pensyarah UiTM dan universiti  juga disemak semula secara menyeluruh.
- Pada masa kini gaji pensyarah UiTM jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan perkhidmatan KPT yang lain ditangga gaji gred yang sama. (Rujuk lampiran 1: Pekeliling 33/2007)
4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN DM
Di samping cadangan semakan gaji, MITASA dan UTIMAS juga mencadangkan agar elaun untuk pensyarah UiTM yang sedia ada seperti  Elaun Perkhidmatan/Keraian, Perumahan dan Wilayah  dinaikkan mengikut peratus kenaikan gaji seperti di jadual 1. Disamping itu kami juga :
  1. Elaun Rekreasi
Memohon kerajaan menyelaraskan pemakaian Elaun Rekreasi  kepada  semua perkhidmatan awam kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.  Elaun rekreasi   RM3000,00 telah bertambah kepada RM4000.00 setahun dan telah dinikmati oleh kakitangan awam lain.  Pada masa kini pensyarah UiTM  dinafikan hak dan langsung tidak menerima elaun rekreasi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh JPA.  (Rujuk lampiran 2: Pekeliling Perbendaharaan Bil.7, Tahun 2007)
Memohon kerajaan  memberi  tambahan kenaikan sebanyak 100%  elaun rekreasi dan diberi kepada semua kumpulan A.
  1. Perlindungan  Insuran  Kesihatan (Medical Insurance)
Memohon kerajaan menyerapkan pembayaran premium insuran kesihatan yang seragam dan mencadangkan supaya  kerajaan membiayai   premium insuran untuk semua kakitangan kerajaan  sepanjang hayat selepas bersara.
  • Panel Kesihatan untuk kakitangan & Keluarga Selepas Bersara
Panel kesihatan untuk kakitangan UiTM dan keluarganya  hendaklah dilanjutkan selagi kakitangan masih hidup dan menerima pencen.
  
  1. PENUTUP
UiTM diamanahkan dengan tanggungjawab “Mengubah Destini Anak Bangsa” (MDAB) dengan jumlah pelajar terbesar di dunia. Justru itu tanggungjawab pensyarah UiTM akan menjadi lebih penting dan mencabar. Selain itu, UiTM juga memikul tanggungjawab memenuhi keperluan dasar-dasar kerajaan dari segi pendidikan tinggi negara. Oleh itu kenaikan yang dicadangkan ini adalah bersesuaian dengan tanggungjawab yang akan dipikul oleh tenaga akademik UiTM. 

Disediakan oleh :
Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) dan Persatuan Akademik UiTM (UTiMAS)
Jawatankuasa Bersama Semakan Gaji Pensyarah UiTM
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam
Selangor DARUL EHSAN
16 Mac 2011


.