Thursday, October 31, 2013

Minyak Masak Kitar Semula ?!


(31 Oct 2013)

Minyak masak kitar semula


Oleh NORAZLINA ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 30 Okt. - Hampir 90 peratus minyak masak di pasaran dipercayai hasil daripada kegiatan kitar semula minyak masak yang telah digunakan.

Perkara itu didedahkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang sekali gus mendesak kerajaan memandangkan serius isu terbabit kerana boleh menjejaskan kesihatan pengguna.

Malah, menurut beliau, aktiviti kutipan, penghasilan dan jualan minyak masak terpakai telah lama berlaku di negara ini serta merupakan satu industri yang besar.

Lebih mengejutkan lagi, sebahagian besar minyak masak dikitar semula itu dijual dalam bentuk paket“Mereka (pengusaha) membeli minyak masak terpakai di restoran makanan segera untuk dikitar semula dan kemudiannya dicampur dengan minyak baharu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Beliau berkata, hasil soal selidik yang dijalankan aktivis PPIM melibatkan kira-kira 70 buah restoran dan gerai makan di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur mendapati kebanyakan peniaga menggunakan minyak masak kitar semula.

“Minyak masak yang dipaketkan itu bukan daripada jenama terkenal dan ramai peniaga yang tidak sedar mereka menggunakan minyak masak kitar semula," katanyaMenurut Nadzim, status halal minyak masak itu juga meragukan kerana mungkin diambil daripada restoran bukan Islam.

Sehubungan itu, katanya, pihak berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu bekerjasama membanteras aktiviti tersebut. “Selain menipu pengguna, pengusaha terlibat turut mengeksport minyak masak itu dengan mendakwa produk tersebut adalah halal," katanya.

Sementara itu, Pengurus Pembangunan Perniagaan Kris Biofuels Sdn. Bhd., Ja’afar Abdullah memberitahu, aktiviti kutipan dan jualan minyak masak terpakai melanggar undang-undang dan peraturan MPOB.
Katanya, lesen yang dikeluarkan MPOB dengan jelas menyatakan penggunaan minyak masak kitar semula hanya bagi tujuan menghasilkan produk biofuel.

“Isu ini wajar ditangani segera kerana dari segi kesihatan minyak masak ini jika digunakan semula sebanyak tiga kali akan menghasilkan komponen radikal bebas yang boleh mengakibatkan kanser dan kerosakan hati," katanya.   





Monday, April 22, 2013

MERIT-BASED VS TIME-BASED ?!




MERIT-BASED VS TIME-BASED:


3.4 Kenaikan pangkat secara terbuka berdasarkan merit-based seperti apa yang diamalkan oleh
semua universiti sekarang adalah tidak sesuai lagi dijadikan syarat mutlak, sebaliknya kenaikan
pangkat secara time-based dan kecemerlangan dalam niche area dan pentadbiran (Ketua PTj)
perlu juga diambil kira untuk para pensyarah universiti seperti apa yang diamalkan oleh jabatan
kerajaan yang lain.

3.5 Walaupun kenaikan pangkat pensyarah universiti adalah terbuka akan tetapi ia lebih sukar
dibandingkan secara time-based. Ini adalah kerana penilaian yang dibuat oleh jawatankuasa
kenaikan pangkat adalah terlalu subjektif sehingga para pensyarah tidak tahu yang mana satukah
yang perlu diberi penekanan khusus.

3.6 Kenaikan pangkat pensyarah universiti tidak sepatutnya dilihat kepada penglibatan dan
pencapaian dalam bidang akademik sahaja sebaliknya perlu juga dinaikkan pangkat berdasarkan
kecemerlangan dalam bidang bukan akademik.

3.7 Untuk pensyarah yang dinaikkan pangkat melalui saluran bukan akademik atau time-based
adalah dicadangkan
agar mereka tidak diberi gelaran Profesor Madya atau Profesor. Ini adalah
untuk membezakan sama ada kenaikan pangkat itu berdasarkan kecemerlangan akademik atau
time-based. Walau bagaimanapun kenaikan pangkat bukan secara akademik dicadangkan
diberikan sekali sahaja dalam perkhidmatan seseorang pensyarah sebagaimana diterangkan pada
Huraian 1,2,3 dan 4.

3.8 Bagi guru sekolah, selain dari kenaikan pangkat secara time-based , NUTP adalah amat kuat
untuk mendesak menteri KPM mengadakan lebih banyak jawatan-jawatan kenaikan pangkat
secara hakiki dengan alasan kononnya untuk memertabatkan profesion perguruan. Dengan ini
profesion perguruan sekarang menjadi rebutan ramai orang kerana cepat naik pangkat tetapi
perkara ini tidak wujud bagi pensyarah universiti yang kononnya untuk mengawal kualiti
seseorang pensyarah.

3.9 Gelaran jawatan Profesor Madya dan Profesor inilah yang sebenarnya menyekat kenaikan
pangkat pensyarah universiti, oleh itu kertas kerja ini memberi peluang kenaikan pangkat dengan
menyembunyikan gelaran tersebut agar kenaikan pangkat para pensyarah tidak terlalu rigid
sebagaimana yang diamalkan sekarang ini.


SOURCE:
http://utimas.uitm.edu.my/images/stories/pdf/kk1.pdf
http://utimas.uitm.edu.my/kertas-kerja.html



Wednesday, March 13, 2013

HENTI Bayar Kerana Langgar Syarat !




HENTI bayar kerana langgar syarat - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 12 Mac - Bayaran penyerahan wilayah tahunan sebanyak RM5,300 kepada individu yang mendakwa sebagai keturunan Kesultanan Sulu perlu dihentikan kerana mereka telah melanggar syarat.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembayaran tersebut diberikan sebagai memegang perjanjian yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak.

"Syaratnya ialah tidak kacau kita, tetapi sekarang mereka kacau. Mereka bertindak ganas, tak cukup bunuh orang, dia cincang dan pecahkan kepala. Apa jenis manusia ini yang kata Islam. "Sekarang kita bayar harga lama dan tak boleh minta harga baru, lagipun bukan dia yang memajukan Sabah," katanya dalam sidang akhbar selepas Bicara Tani Dalam Konvensyen Usahawan Tani 1Malaysia 2013, di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan harus segera menghentikan bayaran itu kerana keturunan kesultanan Sulu tidak mempunyai locus standi bagi menerima bayaran berkenaan.
Menurut Dr. Mahathir, sebelum ini, kerajaan telah pun menerima orang Sulu yang tinggal di Sabah.
"Sebenarnya ada wakil rakyat juga terdiri daripada orang Sulu termasuk sekarang ini Yang di-Pertua Sabah, jadi secara tidak langsung orang Sulu sudah menguasai Sabah," ujarnya.

[01/01/2011 – present
Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin]

Sementara itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim meminta Peguam Negara mengkaji secepat mungkin berhubung bayaran penyerahan wilayah tahunan sebanyak RM5,300 kepada pihak yang mendakwa Sultan Sulu. Beliau berkata, ini bagi membolehkan kerajaan melihat semula dari sudut undang-undang sama ada perlu untuk segera menamatkan bayaran tersebut.

Dari sudut sejarah Sultan Sulu telah lama tamat kedaulatannya iaitu sejak 1878.

"Kerajaan harus melihat semula dari sudut undang-undang antarabangsa, undang-undang kontrak dan undang-undang konvensional sama ada perlu kita segera tamatkan bayaran kepada pihak yang kononnya Sultan Sulu itu.

"Dari sudut pengkajian, pada 1903, kuasa Sultan Sulu telah diambil North Borneo Company. Maka, jelaslah berakhir kedaulatan mereka dan kini ada sembilan cabang keluarga diraja Sulu yang kita tidak tahu siapa sebenarnya menjadi ketua dan sultannya," katanya. 




--------------------------------------------------------------------------------------



Source: http://www.mysinchew.com/node/83777  (07 March 2013)

Jamalul Kiram III: A Fake Sultan: Insider

 2013-03-07 10:52
KUALA LUMPUR, March 6 (Bernama) -- Jamalul Kiram III, who is masquerading as the sultan of Sulu and whose followers have intruded into Sabah and killed Malaysian police personnel, cannot lay claim to the defunct title, according to a source familiar with the goings-on in the family.

It is, therefore, wrong for him to assert to be the heir to the last sultan of Sulu, Jamalul Kiram II, who died in 1936. Jamalul Kiram III was never a legitimate descendant of the nine "rightful heirs" of Jamalul Kiram II that was drawn up in the 1939 'Macaskie Judgement' to be eligible to receive cession payments, following the ceding of Sabah, then known as North Borneo, to the British North Borneo Company (BNBC).

The source, who has in-depth knowledge of the Sulu "sultanate" household and its history, stressed that according to the family tree, although Jamalul Kiram III was a member of the household, he was never a descendent of the nine principal heirs who had the right to the cession payments.

"When Jamalul Kiram II died in 1936, he left no direct heir, and BNBC also stopped the cession payments. So, the nine had gone to court as a group to recognise their right to receive the annual payment," the source said.
In 1939, the Chief Justice of the High Court of North Borneo, Justice Macaskie, ruled in the heirs' favour and the annual payment resumed. The Malaysian Government has continued with the payment, following the formation of the federation.

In 2011, descendants of the nine principal heirs to Jamalul Kiram II obtained an order from a Sulu court to recognise them as the legitimate direct descendents to the nine principal heirs.
This second generation of the heirs are Dayang Dayang Piandao Taj-Mahal Kiram-Tarsum Nuqui, Putli Nurhima Kiram-Forman, Siti Ayesha K.H Sampang, Sulatan Fuad A. Kiram, Dayang-Dayang Sheramar T. Kiram, Princess Permaisuri Kiram Guerson and Sitti Jenny K.A Sampang.

"As such, he (Jamalul Kiram III) cannot claim to be an heir or descendent of any of the nine principal heirs," the source contended.


---------------------------------------------------------------------------------------

Sabah Rightfully Malaysia's: Historians

 2013-03-07 10:48
KOTA KINABALU, March 6 (Bernama) -- Historians insisted that Sabah belongs to Malaysia and cannot be claimed by others as Sabahans had agreed to the formation of Malaysia in a referendum held by the Cobbold Commission in 1962.
Head of Social Science School History Programme, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mosli Tarsat said historical evidence clearly shows the status of Sabah as a valid part of Malaysia and recognised by the United Nations (UN).
Although Sabah, formerly known as North Borneo before the formation of Malaysia, was controlled and influenced by the Sultanate of Brunei and Sulu, the North Borneo Chartered Company, Japan and the British, but after 1963, the situation changed after the formation of Malaysia," he told Bernama here today.
The Cobbold Commission which held a four month referendum of Sabah and Sarawak for the formation of Malaysia received 2,200 memorandum with about 80 percent of the people supporting the creation of Malaysia.
The Commission's report was submitted to the British government and Malaysia was formed by combining Malaya, Singapore, Brunei, Sarawak and Sabah (North Borneo).
"Therefore, Sabah officially joined Malaysia on September 16, 1963 after gaining independence on August 31, 1963," he said supporting a statement by Information Communications and Culture Minister, Datuk Seri Dr Rais Yatim that Sabah rightfully belongs to Malaysia according to international law and cannot be claimed by any party.
In Kuala Lumpur, Prof Dr Ramlah Adam who also agreed with the statement by Rais said Malaysia is a sovereign state that is recognised globally.
"As such, there is no question of claim by any party. The statement by the Information Communications and Culture Minister yesterday is historically accurate," said the Main Fellow, Strategic Studies Unit, Universiti Malaysia Perlis when contacted here.
Ramlah said the referendum on Sabah and Sarawak by the Cobbold Commission, is similar to the Singapore Referendum for the formation of Malaysia in 1962.
"They cannot claim just based on history. For example, the Siam government handed Kedah, Perlis, Kelantan and Terengganu over to the British and cannot claim the states."
Ramlah said Malaysians, especially those in Sabah must be clear about the matter so that the country will remain peaceful and support national sovereignty.
"We are talking about the security and sovereignty of the country. This is not the time to politicise this issue or blame the government," said Ramlah.
Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim said North Borneo (Sabah) was separated from Sulu since 1885 and was administered by the North Borneo Chartered Company. "This matter (separation of Sabah from Sulu) happened long before the Cobbold Commission came in 1963.