Komen:
1-Takde ke pengecualian untuk pelatih wanita? Takkan semua mesti jadi macam sami, nama pun wanita, takkan Menteri berkenaan tak faham?
2-Kalau ye pun itu adalah peraturan, sudah tentu adanya peraturan yang berbeza untuk wanita dan lelaki, masa sudah tiba untuk ditukar peraturan berkenaan. Jangan keras kepala sangat dalam hal yang boleh ditolak-ansur.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0703&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
(3 JULY 2011)
Menteri pertahan potong rambut
KUALA NERANG - Seminggu selepas memohon maaf, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung semalam mempertahankan tindakan kakitangan Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat memotong rambut seorang pelatih wanita hingga botak di Terengganu pada 2 Mei lepas. Alasan beliau ialah tindakan itu mengikut peraturan jabatan yang menetapkan rambut pelatih akan dipotong sehingga enam milimiter (mm) dari kulit kepala.
"Saya dah dapat laporan siasatan berhubung kes pelatih wanita dibotakkan kepala mereka itu, dan itu memang syarat yang telah ditetapkan semasa latihan, semua harus dipotong sehingga 6 mm," katanya kepada pemberita di sini semalam. Kosmo! baru-baru melaporkan bekas pelatih itu, Hizyaty Othman, 28, dari Taman Berjaya, Alor Setar kecewa dengan tindakan akademi berkenaan yang membotakkan kepalanya serta 18 pelatih perempuan lain ketika mereka mendaftar diri untuk menjalani latihan di kem itu 2 Mei lepas.
Dia mendakwa tindakan itu tidak seperti apa yang dinyatakan dalam peraturan kursus yang diterima mereka sebelum melaporkan diri di akademi itu. Chee Heung pada sidang akhbarnya minggu lalu bagaimanapun meminta maaf kepada mangsa dan keluarganya tetapi permohonan maaf itu ditolak atas alasan ia tidak dilakukan secara bersemuka.
NOTA: Cita-cita murni Hizyaty Othman untuk berkhidmat dengan jabatan bomba pun 'hangus.' Lagipun, wanita biasanya diberikan 'office work' dan jarang sangat turun padang. Takkan tidak ada tolak-ansur langsung?!