http://www.hmetro.com.my/articles/2011060602114120110606021141/Article
(6 June 2011)
‘Bulan maduku’
Oleh Siti A’isyah Sukaimi
sitiaisyah@nstp.com.my
SEPANG: “Ini rezeki saya sekeluarga selepas bernikah kali keempat. Alhamdulillah, ia juga peluang kepada saya, isteri-isteri serta anak bercuti dan berkumpul beramai-ramai dalam satu keluarga besar,” kata pe
lawak dan penyampai radio terkenal, Salih Yaccob, 48.
Beliau bersama empat isteri, Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42, Norfara Wahida Sulaiman, 32, dan Samihah Sheikh Amy, 25, bersama tujuh anak berlepas ke Beijing, China, semalam untuk bercuti enam hari. Percutian itu juga adalah pakej bulan madu kepada isteri keempatnya yang genap seminggu dinikahi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, Johor, Isnin lalu.
Menurutnya, percutian bersama keluarga itu peluang yang dinanti-nantikan selama ini kerana jarang sekali dapat berkumpul bersama memandangkan masa lapang yang terhad. “Sebelum ini kami memang sukar merancang percutian beramai-ramai kerana ada yang sibuk bekerja dan belajar serta tidak dapat memohon cuti bersama.
“Jadi, inilah peluang keemasan, malah rezeki kami sekeluarga lebih-lebih lagi apabila sudah bertambah ahli keluarga baru. “Kesempatan ini kami manfaatkan sebaik mungkin walaupun empat anak tak dapat menyertainya kerana bekerja dan belajar,” katanya, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).