http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_06.htm
(22 April 2011)
Pengurus Projek Terima Ganti Rugi RM16,000
GARA-GARA enjin dan alat ganti kereta dicuri semasa dalam jagaan sebuah bengkel, seorang pengurus projek syarikat pembinaan menerima ganti rugi sebanyak RM16,000 daripada pemilik bengkel kereta terbabit. Kesemua barangan itu didakwa hilang selepas Bengkel Kereta Jacob di Taman Tasik, Senawang di Negeri Sembilan dipecah masuk pencuri sebulan selepas kenderaan jenis Nissan Frontier itu dihantar untuk dibaiki di bengkel terbabit.
Berang dengan kejadian itu, pemilik kenderaan tersebut, Abd. Wahab Ismail, 53, membuat keputusan mengemukakan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini. Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Presiden TTPM, Datuk Abu Bakar Awang mengarahkan pemilik bengkel tersebut membayar ganti rugi RM16,000 kepada Abd. Wahab memandangkan kenderaan itu masih di bawah jagaan pihak bengkel. "Semua barangan yang hilang ini merupakan tanggungjawab kamu (pemilik bengkel), maka kamu perlu bertanggungjawab atas kehilangan enjin termasuk alat ganti yang bernilai RM16,000.
"Jika kamu enggan atau gagal membayar ganti rugi ini, pihak berkuasa mempunyai hak untuk menutup premis kamu. Bayaran ini perlu dilakukan secara keseluruhan ataupun secara ansuran berdasarkan persetujuan rundingan kedua-dua pihak," katanya. Wakil bengkel berkenaan bersetuju mengadakan rundingan dengan Abd. Wahab bagi menentukan cara pembayaran ganti rugi tersebut.
Sementara itu, Abd. Wahab ketika ditemui di pekarangan TTPM memberitahu, dia menghantar kereta itu ke bengkel tersebut pada Mei 2010 setelah dimaklumkan mengenai bengkel itu oleh seorang rakannya. "Namun, saya terkejut kerana dimaklumkan bahawa kesemua barangan seperti enjin termasuk alat ganti kereta hilang sebulan selepas itu berikutan berlakunya kejadian pecah masuk di bengkel itu.
"Walaupun barangan itu hilang bukan disebabkan kecuaian mereka tetapi akibat dicuri, saya tetap mahu mereka bertanggungjawab," katanya.
--------------------------------------------------------------------------
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
The Tribunal for Consumer Claims is an independent body established under Section 85, Part XII of the Consumer Protection Act 1999. The Tribunal operates under the Ministry of Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism. The primary objective of establishing the Tribunal is to provide an alternative forum for consumers to file claims in a simple, inexpensive and speedy manner.
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan,
Aras 5, Podium 2, No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62623 PUTRAJAYA.
Toll Free : 1-800-88-9811 , Telephone No. : 03-8882 5822
Fax No. : 03-8882 5831
TTPM: Official Website (Portal):
http://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=13&lang=en
-------------------------------------------------------------------------
Komen:
Baguslah mcm tu (Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, TTPM), kalau tidak, ramai lah kata 'Oh, barang awak sudah hilang!', 'Salahkan pencuri lah', 'Awak pergi cari pencuri tu, minta dia ganti rugi laH!'... dan mcm mcm lagi.