(31 Oct 2013)
Minyak
masak kitar semula
Oleh NORAZLINA ISMAIL
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 30 Okt. -
Hampir 90 peratus minyak masak di pasaran dipercayai hasil daripada kegiatan
kitar semula minyak masak yang telah digunakan.
Perkara itu didedahkan Ketua
Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang
sekali gus mendesak kerajaan memandangkan serius isu terbabit kerana boleh
menjejaskan kesihatan pengguna.
Malah, menurut beliau,
aktiviti kutipan, penghasilan dan jualan minyak masak terpakai telah lama
berlaku di negara ini serta merupakan satu industri yang besar.
Lebih mengejutkan lagi,
sebahagian besar minyak masak dikitar semula itu dijual dalam bentuk paket. Mereka (pengusaha) membeli minyak masak terpakai di restoran makanan segera untuk dikitar semula dan
kemudiannya dicampur dengan minyak baharu," katanya dalam sidang akhbar di
sini hari ini. Beliau berkata, hasil
soal selidik yang dijalankan aktivis PPIM melibatkan kira-kira 70 buah restoran
dan gerai makan di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur mendapati
kebanyakan peniaga menggunakan minyak masak kitar semula.
Minyak masak yang dipaketkan itu bukan daripada jenama terkenal
dan ramai peniaga yang tidak sedar mereka menggunakan minyak masak kitar
semula," katanya. Menurut Nadzim, status
halal minyak masak itu juga meragukan kerana mungkin diambil daripada restoran
bukan Islam.
Sehubungan itu, katanya,
pihak berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian
Kesihatan, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu bekerjasama membanteras aktiviti
tersebut. Selain menipu pengguna, pengusaha terlibat turut mengeksport
minyak masak itu dengan mendakwa produk tersebut adalah halal," katanya.
Sementara itu, Pengurus
Pembangunan Perniagaan Kris Biofuels Sdn. Bhd., Jaafar Abdullah
memberitahu, aktiviti kutipan dan jualan minyak masak terpakai melanggar
undang-undang dan peraturan MPOB.
Katanya, lesen yang
dikeluarkan MPOB dengan jelas menyatakan penggunaan minyak masak kitar semula
hanya bagi tujuan menghasilkan produk biofuel.
Isu ini wajar ditangani segera kerana dari segi kesihatan minyak
masak ini jika digunakan semula sebanyak tiga kali akan menghasilkan komponen
radikal bebas yang boleh mengakibatkan
kanser dan kerosakan hati," katanya.