http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm (22nd November 2010)
Wanita rugi hampir RM40,000
Oleh RANIA PARAN
pengarang@utusan.com.my
MIRI 21 Nov. - Gara-gara ingin mendapatkan wang tunai yang banyak dalam tempoh segera, seorang wanita tempatan kerugian RM39,350 selepas diperdayakan seorang lelaki dari United Kingdom yang dikenalinya melalui Internet. Mangsa yang berusia lingkungan 30-an memberitahu, dia mengenali lelaki itu sejak dua tahun lalu menerusi sebuah laman sosial di Internet.
Wanita rugi hampir RM40,000
Oleh RANIA PARAN
pengarang@utusan.com.my
MIRI 21 Nov. - Gara-gara ingin mendapatkan wang tunai yang banyak dalam tempoh segera, seorang wanita tempatan kerugian RM39,350 selepas diperdayakan seorang lelaki dari United Kingdom yang dikenalinya melalui Internet. Mangsa yang berusia lingkungan 30-an memberitahu, dia mengenali lelaki itu sejak dua tahun lalu menerusi sebuah laman sosial di Internet.
Sejak tiga bulan lalu, katanya, mereka mula bercerita mengenai topik pelaburan dan kenalannya itu yang mendakwa bekerja sebagai peguam bela memberitahu bahawa dia merancang untuk melabur sebanyak 200,000 pound sterling (RM1 juta) bersama mangsa. Tidak berapa lama kemudian, mangsa menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa dirinya merupakan ejen logistik dari Kuala Lumpur.
Pemanggil itu memberitahu mangsa bahawa ada satu bungkusan yang dikirim oleh seorang lelaki dari London kepadanya namun pemanggil tidak pasti apakah kandungannya kerana bungkusan itu dibalut dengan ketat dan tidak boleh dibuka.
Sementara itu, kenalannya itu mengesahkan ada mengirimkan satu bungkusan mengandungi wang 200,000 pound sterling. Namun demikian, ejen logistik itu meminta mangsa membayar RM4,000 untuk mendapat kelulusan kastam sekali gus bagi membolehkan bungkusan itu dihantar terus kepadanya.
Selang beberapa ketika, mangsa sekali lagi menerima panggilan daripada seorang 'pegawai kastam' di Kuala Lumpur yang memberitahu kandungan kotak itu tidak boleh diperiksa atau diimbas sebagaimana diarahkan oleh rakan sejawatannya di London. Ejen logistik itu sekali lagi menghubungi mangsa dengan memberitahu dia memerlukan bayaran RM12,000 bagi membolehkan mangsa menuntut bungkusan itu.
Teruja dengan isi kandungan bungkusan itu, pada 2 November lalu, mangsa memasukkan sejumlah wang RM5,000 diikuti RM2,350 pada 3 November dan RM12,000 pada 4 November. Pada 7 November, wanita itu sekali lagi memasukkan sejumlah RM9,900 dan diikuti RM5,100 pada jam 12.55 tengah hari pada hari yang sama menjadikan kesemua wang yang dimasukkan ke dalam akaun terbabit sebanyak RM39,350.
Note: They ‘jackpot’ you until you realized you are being cheated… Then you stop sending money… ah, its too late… they have played the jackpot till the lady wake up !
"Selepas memasukkan duit yang begitu banyak, baru saya tersedar ada sesuatu yang tidak kena. Saya rasa pihak terbabit menipu untuk memasukkan wang ke dalam akaun mereka," katanya selepas melaporkan kes itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Andy Chia di pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Pujut, Pujut 7, semalam. Selain itu, mangsa telah membuat laporan polis. Menurut mangsa, setiap panggilan yang diterima adalah daripada individu yang berbeza berdasarkan bunyi suara dan masa yang berbeza.
INTERNET SCAM:
The Phone Callers:
1- Kenalan lebih 2 tahun, mana boleh tipu.
2- Orang lain panggil, lain-lain orang, mana boleh tipu (kalau tipu mesti seorang).
3- Orang 'kastam’ yang panggil (bukan orang jalanan).
The Facts:
1- Kenalan lebih lama, lebih untung.
2- Orang lain panggil, lain-lain orang, kawan dia lah !
3- Orang 'kastam’ sebenarnya budak cuci tandas !
COMMENT:
Put some money to ‘clear’ tax and insurance and postage, and get $200,000… Must be my good luck boyfriend / girlfriend /overseas rich friend / Buyer!
IT’S THE SAME story, but with different ‘victim’ !