Friday, November 20, 2009

Pelajar Melayu & India Pun Cemerlang UPSR !

URLhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm (20th November 2009)

Pelajar Melayu, India dapat 7A (UPSR)
MUHAMMAD Daniel Idrus (kanan) bersama S. Karthika Dewi merupakan dua murid dari sekolah aliran Cina yang memperoleh 7A dalam UPSR di Melaka.

MELAKA 19 Nov. - Dua murid Melayu dan India yang belajar di sekolah aliran Cina membuktikan walaupun belajar dalam persekitaran yang berbeza, mereka mampu meraih 7A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini. Muhammad Daniel Idrus dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bachang dan S. Karthika Dewi dari SJKC Notre Dame masing-masing memperoleh A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan, Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Cina (Penulisan dan Pemahaman), Sains dan Peka (Penaksiran Kerja Amali Sains).

Ketika ditemui pada sidang akhbar Jabatan Pelajaran negeri di sini, Muhammad Daniel yang ditemani ibunya, Suhani Maarof, 35, berkata, kejayaannya itu adalah hasil sokongan ibu bapa dan komitmen para guru serta rakan sekelas yang tidak jemu memberi tunjuk ajar kepadanya. Menurutnya, dia tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri sepanjang mengikuti pembelajaran di SJKC Bachang dan tidak berasa terpinggir walaupun hanya dia seorang sahaja murid Melayu di dalam kelas.

''Para guru dan murid lain di SJKC Bachang tidak pernah melayan saya seperti orang asing, layanan mereka sama sahaja. Buktinya saya berjaya meraih keputusan cemerlang UPSR hari ini dan ia kejayaan mereka juga," katanya.

Muhammad Daniel yang berminat menguasai bahasa asing itu berkata, dia berhasrat meneruskan pelajarannya di sekolah aliran Cina kerana berasakan banyak pengetahuan yang boleh diperolehinya. Hasratnya itu dipersetujui oleh ibunya yang menyatakan kemungkinan akan menghantar Muhammad Daniel meneruskan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Tinggi Melaka, Bandar Hilir.

Selain persamaan belajar di sekolah aliran Cina dan meraih keputusan cemerlang UPSR, Muhammad Daniel berkongsi cita-cita yang sama dengan Karthika Dewi iaitu mereka ingin menjadi seorang saintis apabila dewasa kelak.

Menurut Karthika Dewi, peluang mengikuti pembelajaran di sekolah aliran Cina menjadikan dirinya mahir menguasai bahasa Mandarin selain bahasa Tamil dan bahasa Inggeris. ''Pada mulanya memang agak sukar kerana masih kurang memahami bahasa Mandarin, namun lama kelamaan berkat didikan para guru dan sokongan rakan-rakan sekelas, saya akhirnya berjaya menguasai bahasa ini," kata anak kedua dari empat beradik ini.

Katanya, kejayaan meraih 7A dalam UPSR hari ini hasil kerja kuat dan kesungguhan ibu bapanya dan para guru SJKC Notre Dame yang tidak berputus asa membimbingnya menjadi insan cemerlang.

Komen:
Tahniah lah kepada mereka berdua... Moral of the story 'Talk less (complain less) and more efforts'... InsyaAllah success!

Tuesday, November 17, 2009

Bai'ah Taat Setia...


URLhttp://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Mutakhir/20091110171733/Article/index_html (17 November 2009)

Nik Aziz nafi wujud Bai'ah


KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan wujudnya apa yang dinamakan sumpah bai'ah yang membawa kepada perceraian isteri sehingga menjadi polimik baru dalam kepimpinan Pas sekarang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata isu itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan Pas yang mula diterima oleh masyarakat umum. "Sebenarnya Pas ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan Pas.

"Di Kelantan, isu bai'ah ini tak timbul langsung," katanya kepada pemberita di sini hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.

Khalid Samad dari Pas, mengakui wujudnya syarat yang menghendaki pemimpin pemimpin parti itu melafazkan bai'ah iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing jika mereka mengkhianati parti.

Bagaimanapun Naib Presidennya Salahuddin Ayub berkata Majlis Syura Pas tidak pernah mengeluarkan sebarang dasar yang menghendaki pemimpin-pemimpin parti itu melafazkan bai'ah sedemikian.


Komen:

Ada yang nafi, ada yang mengakui… tak duduk bincang bersama ke?

Monday, November 9, 2009

Bai'ah PAS... Sudah Advance... Macam-macam...

URLhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm
(9th November 2009)

Isteri menangis, suami menggigil
Oleh saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 8 Nov. - Terdapat isteri calon wakil rakyat Pas yang menangis dan menggeletar pada majlis bai'ah apabila mendengar ikatan perkahwinan mereka dijadikan bahan tebusan demi kepentingan politik kepartian yang sempit dan jumud. Gelojak rasa itu turut dikongsi si suami yang menggigil sewaktu mengangkat bai'ah yang memberi kata dua sama ada terus setia kepada parti atau bercerai talak tiga dengan isteri.

Debaran dan suasana hiba pada majlis bai'ah Pas itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin selepas mendengar pengakuan daripada beberapa wakil rakyat parti itu. Malah kata Zulkifli, wakil rakyat terbabit juga meminta bantuannya supaya membawa isu bai'ah itu ke tengah selepas ia menjadi perdebatan umum apabila disahkan oleh Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad, Khamis lalu.

Katanya, mereka sudah tidak mampu menanggung bebanan yang dipikul tetapi tiada kekuatan untuk mendedahkannya kerana takut dikutuk dan dikenakan tindakan. "Mereka meminta isu ini dibincangkan supaya tindakan segera dapat diambil dan kemungkaran yang berlaku dapat dicegah.

"Mereka berharap apabila isu ini terdedah, maka ada jalan keluar buat mereka dari ikatan bai'ah dan sumpah ini," kata Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam laman blog beliau http://zul4kulim. blogspot.com/. Zulkifli memberitahu, beliau lebih terkejut apabila diberitahu dasar bai'ah talak tiga itu diluluskan dan direstui kepimpinan Pas. Katanya, beberapa tokoh parti yang dihubungi bukan sahaja tidak berasa bersalah dan berdosa dengan bai'ah itu, malah mempertahankannya dengan alasan-alasan yang dangkal lagi memualkan tanpa sandaran kepada al-Quran, sunah Rasulullah mahupun amalan para sahabat.

Sebaliknya jelas beliau, ia sekadar dasar yang berpaksikan kepada alasan dan sandaran akal dangkal semata-mata. "Inilah apa yang saya labelkan sebagai mempertuhankan politik, mempertuhankan demokrasi.

"Apakah kita terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menggadai kesucian, kemuliaan dan kemurnian perkahwinan sebagai bahan gadaian politik," katanya. Mengulas lanjut Zulkifli berkata, dasar tersebut umpama kembali ke zaman jahiliah dengan menjadikan wanita sebagai bahan dagangan, pajakan dan gadaian.

"Tidakkah kita sedar bahawa perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci Allah dan kita jadikan perkara yang paling dibenci Allah ini sebagai dasar bai'ah dan sumpah taat setia," katanya. Beliau turut mempersoalkan kenapa bai'ah taat setia Pas itu tidak dibuat dalam bentuk lain seperti bersumpah laknat. Dengan cara itu katanya, semua wakil rakyat diyakini akan berfikir banyak kali sebelum bercadang melompat parti.

"Bagaimana rakyat nak meletakkan harapan dan kepercayaan untuk kita memimpin dan memerintah negara jika kita sanggup menggadai dan menjadikan isteri dan perkahwinan kita sendiri sebagai gadaian politik?

"Apakah kelak bila menjadi kerajaan Persekutuan dan memerintah maka semua pegawai dan kakitangan kerajaan akan dipaksa bai'ah menceraikan isteri mereka jika tidak taat kepada kerajaan," katanya.

Komen:
Tak tahu lah PAS praktik Demokrasi jenis apa, atau sistem politik jenis apa?! Apapun ia adalah sistem jahiliyah... tak ikut prinsip Islam dan rasional akal... Kalau takut ahli melompat parti (walaupun melompat parti adalah prinsip yang dibenarkan dlm sistem Demokrasi), ada cara lain utk menyelesaikannya, seperti mengubal Perlembagaan, supaya ahli yg melompat parti akan 'kehilangan kerusi' yg dimenangi (pada pilihanraya yg lepas), maksudnya ahli yg melompat parti tidak boleh membawa 'kerusi' mereka ke parti lain... Ahh mcm tu lah caranya.

Thursday, November 5, 2009

Suspect Terrorists, Who?


URLhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_01.htm (5th November 2009)
25 Ejen CIA dipenjara
05/11/2009 3:01am

MILAN 5 Okt. – Seramai 23 rakyat Amerika Syarikat (AS) dan dua warga Itali yang merupakan ejen khas Agensi Perisikan Pusat (CIA) didapati bersalah oleh Hakim negara ini atas kesalahan penculikan ulama Mesir pada 2003.

Robert Seldon Lady yang ketika itu ketua balai CIA Milan telah dijatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan rakyat AS yang lain menerima hukuman lima tahun penjara. Dua rakyat negara ini pula menerima hukuman tiga tahun penjara.

Sementara itu, Ketua CIA Itali, Jeffrey Castelli dan Ketua Perisikan Tentera Itali, Nicolo Pollari dilindungi daripada undang-undang penyimpan rahsia negara, kata hakim Oscar Magi. – AFP

Comment:

A rare but good news, this only goes to show that one cannot simply kidnapped or arrested people, just as they please, even if they are CIA agents.

We need more transparent courts like the one above. Well done!


Saturday, October 24, 2009


Bayaran khas RM500 untuk Gred 41-54, pesara
KUALA LUMPUR: Penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan akan menerima bayaran khas RM500 pada Disember ini.

Perkara ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada pembentangan Bajet 2010 di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Bulan lalu, kerajaan mengumumkan bayaran khas kewangan itu kepada 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan yang dibayar dua kali iaitu pada September dan Disember.

Ia membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM430 juta.

Terdapat kira-kira 1.2 juta kakitangan awam pada masa ini, bermakna sebanyak 340,000 lagi penjawat awam dalam Gred 41 hingga Gred 54 akan menikmati faedah itu sekarang.

"Ini menunjukkan kerajaan amat prihatin dengan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penjawat awam dan pesara dan diharapkan mereka akan menggunakan pemberian ini dengan sebaik-baiknya," katanya.

Najib berkata, kerajaan menghargai komitmen dan kegigihan penjawat awam dalam memastikan pembangunan negara tercapai demi kesejahteraan rakyat.

"Bagi mengalakkan pengunaan komputer, penjawat awam kini boleh membuat pinjaman kerajaan bagi maksimum RM5,000, sekali dalam setiap tiga tahun bermula tahun depan, berbanding sekali setiap lima tahun sekarang," katanya. - Bernama



Monday, October 12, 2009

Majistret Muda dan Rasuah


URLhttp://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Mutakhir/20091012180730/Article (Accessed on 12th Oct 2009)

Majistret ditahan dipercayai terbabit rasuah

KOTA BAHARU: Seorang majistret di Kelantan hari ini ditahan reman selama dua hari berhubung dakwaan terlibat rasuah. Majistret Azrul Abdullah membenarkan reman itu bagi membolehkan majistret berkenaan membantu siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Azrul membenarkan keputusan reman dua hari itu setelah Timbalan Pendakawa Raya Mohd Asnawi Abu Hanifah daripada SPRM memohon tempoh tahanan reman selama lima hari. Majistret yang berusia 27 tahun itu disiasat kerana dipercayai terbabit dalam rasuah berhubung satu kes dadah. Majistret itu diwakili peguam Datuk Shukri Mohamad. -Bernama

Komen:

Itulah, Majistret sekarang muda-muda saja, umur 27 tahun boleh jadi majistret, mau pakai kereta besar, rumah besar, barang-barang mewah, jadi rasuah lah jawabnya.

Sepatutnya, kalau nak jadi Majistret, kena ada had umur (i.e. 30 tahun keatas), berperwatakan baik, berakhlak, adil dan beramanah - bukannya hanya bersandarkan kepada lulusan LLB saja.


Wednesday, September 30, 2009

Biro Khidmat Guaman Syarie


URLhttp://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090930085319/Article/index_html (Accessed on 30th September 2009)

Ramai tak tahu prosedur khidmat guaman percuma
KUALA LUMPUR: Tidak mengetahui prosedur mendapatkan bantuan guaman bagi individu tidak berkemampuan adalah antara punca kes membabitkan masalah syarie tertangguh hingga bertahun-tahun. Naib Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata pihaknya ada menawarkan khidmat guaman percuma menerusi Biro Khidmat Guaman Syarie (BKGS) yang dimulakan sejak April tahun 2008 lalu.

Namun, masih ramai pihak bermasalah terutama wanita yang gagal membuat tuntutan fasakh belum mengetahui mengenai kewujudan BKGS itu. “Untuk mendapatkan khidmat guaman percuma menerusi BKGS, seseorang itu perlu melalui prosedur dan syarat tertentu.

**Antara syaratnya pemohon mesti bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekurang-kurangnya tiga bulan.
**Pemohon juga perlu merujuk kes mereka kepada Baitulmal Wilayah Persekutuan terlebih dulu sebelum pihak Baitulmal menyaring kes itu untuk memastikan kelayakan bagi mendapatkan khidmat peguam syarie percuma yang akan ditanggung Baitulmal.
**Kemudian Baitulmal akan menyerahkan kes yang layak kepada kami (BKGS).

Setakat ini, 30 individu dirujuk Baitulmal mendapatkan khidmat guaman kami,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai kekecewaan seorang wanita berusia 47 tahun kerana kes tuntutan fasakh tidak dilayan Mahkamah Syariah Petaling Jaya dan Kuala Lumpur yang antara sebab kegagalannya mengupah peguam. Wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Sapiah meluahkan kekecewaannya kerana mengalami penderitaan dan penderaan mental serta fizikal.



Komen:

Macam mana lah orang ramai tahu ‘cara-cara’ untuk mendapatkan khidmat peguam (BKGS - Biro Khidmat Guaman Syarie percuma bagi individual yang tidak berkemampuan). Mereka ini bukannya pelajar undang-undang, atau bekerja di syarikat guaman.

Biro Khidmat Guaman Syarie (BKGS) sepatutnya menydiakan kuaunter pertanyaan atau meja khidmat pelanggan untuk memudahkan orang ramai, terutamanya mereka yang bermasalah ini untuk bertanya dan seterusnya mendapatkan khidmat guaman percuma ini.

Jangan disebabkan ‘guaman percuma’ (untuk mereka yang tidak berkemampuan ini), layanan yang disediakan adalah kelas ketiga.

Sunday, September 27, 2009

MENYAMBUNG catatan perjalanan saya, suami dan anak perempuan ke Victoria, Australia, kunjungan kami seterusnya ke bandar di pesisiran laut yang cantik, Warrnambool dengan harapan untuk melihat ikan paus. Kami diberitahu, jika bernasib baik, kami boleh melihat pemandangan segerombolan ikan paus yang mencapai angka sehingga 150 ekor.

Kami menunggu di pelantar meninjau yang disediakan, namun terpaksa beralah tidak lama selepas itu kerana angin laut yang bertiup kencang seiring dengan hujan mencengkam sehingga ke tulang sum-sum. Warrnambool yang berdepan Lady Bay adalah bandar terbesar di Great Ocean Road yang menawarkan pelbagai perkhidmatan bandar moden dan dalam masa sama mengekalkan suasana desa.Keadaan pantai yang dilindungi, taman dan kebun bunga yang terjaga menjadi tarikan berbanding kebisingan hidup di kota. Kami ada di sini dua malam dan mengambil kesempatan ke Port Fairy, kira-kira sejam perjalanan dari Warrnambool. Port Fairy adalah bandar bersejarah paling utama di Victoria dengan 50 bangunan lama diisytiharkan Yayasan Kebangsaan Australia. Pekan ini bukan sekadar kaya dengan sejarah, malah turut menggabungkan muara sungai laluan nelayan ke laut yang cantik. Ia boleh dikatakan perkampungan nelayan dengan deretan bot nelayan berlabuh di depan rumah penduduk.
Bot nelayan berlabuh di air bersih dan jernih di depan rumah dua tingkat yang selesa dan segar dengan taman di laman rumah. Begitulah rumah nelayan Australia. Kami berbual dengan seorang nelayan tempatan yang memberitahu dia keluar menangkap ikan jam 6 pagi dan pulang ke pangkalan di sini jam 5 petang. Itulah hakikatnya, walau apa pun pekerjaan mereka di sini, waktu bekerja tetap habis jam 5 atau 6 petang kecuali perkhidmatan penting dan utama. Portland menjadi tempat lawatan kami berikutnya. Bandar ini terletak di barat daya Victoria dan ia penempatan pertama orang dari Eropah pada 1834. Saya melihat Portland mengekalkan banyak bangunan bersejarah, termasuk rumah penduduk. Dari taman di bandar ini saya melihat kapal besar seluruh dunia berlabuh untuk memunggah masuk hasil pengeluaran penduduk tempatan, manakala kapal ikan tempatan pula menurunkan hasil tangkapan. Seterusnya kami ke Ballarat yang melalui ladang buah-buahan di kiri dan kanan jalan. Kami singgah di ladang strawberi yang terletak berdekatan jalan besar. Papan tandanya sungguh menarik, untuk sekilo strawberi berharga $10 tetapi harganya $7 jika kutip sendiri strawberi. Sudah pasti kami mengambil pilihan kedua. Sambil kutip, sambil makan.Penduduk Ballarat dulunya melakukan aktiviti melombong emas dan sehingga hari ini peninggalan aktiviti perlombongan dijaga dalam muzium di Sovereign Hill.Bertentangan Sovereign Hill ialah Muzium Emas yang menghimpunkan pelbagai rekaan koleksi emas. Aktiviti perlombongan emas juga dipamerkan di pusat pelancongan Eureka. Kesan kemewahan itu dapat dilihat hari ini dengan rumah besar nan cantik dengan kemudahan jalan raya yang luas di pusat bandar. Tasik Wendouree di Ballarat pula pernah menjadi tuan rumah untuk acara kayak pada Sukan Olimpik 1956 tetapi kini ia kering dan dipenuhi lalang. Dalam perjalanan kembali ke Melbourne, kami singgah di Bendigo dan Clayton dan menghabiskan masa tiga hari di situ. Di Clayton, kami ke Mornington yang mempunyai taman dengan pelbagai pokok bunga ros dan melihat pameran seni bina. Kami turut ke pasar basah Dandeenong dan melihat buah-buahan seperti oren dan aneka jenis epal. Yang membuat saya terkedu ialah harga sekilo cili padi ialah $50. Mahalnya!

Friday, September 11, 2009

Orang Islam yg Gagal Memahami Masalah Orang Islam?

Komen:
NGO Islam sepatutnya dibantu dalam usaha mereka untuk meringankan beban rakyat Palestin (orang Islam) di dalam bulan Ramadhan, ini pula berlaku sebaliknya, di manakah kesilapannya?
Bagi saya, perkara macam ini terjadi akibat 2 sebab:
1- Kegagalan untuk memahami ajaran agama Islam yang sejati, yang diajar Rasul kita.
2- Kelemahan sistem pentadbiran dan karenah birokrasi yang jumud (tidak maju ke hadapan).
Global Peace bantah penahanan Azlan
KUALA LUMPUR 10 Sept. - Global Peace Malaysia hari ini menghantar nota bantahan ke pejabat Kedutaan Mesir di sini sebagai memprotes penahanan dan penderaan terhadap wakilnya, Azlan Muhammad Sharif selama tiga hari tiga malam di Lapangan Terbang Kaherah, pada 2 September lalu.

Semasa ditahan Azlan, Pengarah Bantuan Kecemasan dan Kemanusiaan ke Gaza itu sedang mengetuai misi menghantar bantuan kewangan sumbangan kerajaan dan rakyat Malaysia bagi meringankan bebanan rakyat Palestin pada bulan Ramadan dan menyambut ketibaan Aidilfitri.

Pengerusi Global Peace Malaysia, Ahmad Azam Abdul Rahman berkata, Azlan telah disiasat tanpa henti dan tidak diberi makanan serta minuman sepanjang dalam tahanan tersebut.

Katanya, Azlan dibebaskan pada 5 September lalu dan terus dihantar pulang ke Malaysia selepas campur tangan wakil Kedutaan Malaysia di Kaherah.

''Apa yang paling mendukacitakan kita, ekoran penahanan tersebut bantuan kewangan untuk disalurkan kepada rakyat Palestin turut terbantut,'' katanya pada sidang akhbar di luar pekarangan pejabat Kedutaan Mesir di sini..

Menurutnya, nota bantahan dua muka surat itu yang ditujukan kepada Presiden Mesir, Hosni Mubarak melalui Duta Mesir ke Malaysia, Hani Abdel Kader bagi meminta kerajaan Mesir memberi jaminan kejadian menahan dan mendera sukarelawan Malaysia yang diamanahkan melaksanakan misi kemanusiaan ke Gaza tidak berulang.

''Kami juga memprotes mengapa beliau dihalang semasa mahu menjalankan misi kemanusiaan terhadap rakyat Palestin yang tenat menderita.

''NGO dari negara-negara Islam sepatutnya dibantu menjalankan tugas mereka bukannya ditangkap seperti yang dilakukan polis Mesir,'' katanya.

Beliau berkata, nota bantahan tersebut telah diserahkan kepada Timbalan Ketua Misi Duta Mesir ke Malaysia, Tamer G. El-Mawaziny.

Menurutnya, Global Peace Malaysia telah diberi tempoh 15 minit untuk berbincang mengenai penyerahan nota bantahan tersebut.

''Wakil Kedutaan Mesir tersebut telah berjanji untuk menyerahkan nota bantahan tersebut secepat mungkin kepada kerajaan Mesir,'' kata beliau.

Sementara itu, turut memberi sokongan terhadap tindakan Global Peace Malaysia menghantar nota bantahan tersebut ialah wakil pemimpin daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pencerdasan Ummah (WADAH) dan Future Global Network.

Thursday, August 27, 2009

Komen:
Orang dah nak sangat sebat, bagi je lah… Lagipun hukum Islam tak melarang.

URLhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm (27th August 2009)

Kartika bukan orang pertama dihukum sebat
KUANTAN 26 Ogos - Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, merupakan pesalah kelima yang dijatuhi hukuman penjara dan sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas kesalahan minum arak di khalayak umum sejak lima tahun lalu.

Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, daripada jumlah terbabit, dua daripada mereka adalah wanita termasuk Kartika Sari Dewi. Bagaimanapun, kata beliau, hukuman sebat ke atas kesemua pesalah terbabit masih belum dapat dilaksanakan sehingga kini kerana menunggu proses rayuan.

''Selepas selesai proses undang-undang di Mahkamah Tinggi Syariah, mereka membuat rayuan di Mahkamah Rayuan pula.

''Oleh itu, sehingga kini tiada sesiapa yang disebat dan jika Kartika disebat, dia merupakan pesalah pertama yang menjalani hukuman tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang, Datuk Mohd. Sahfri Abdul Aziz memberi alasan hukuman itu tidak dapat dijalankan kerana menghormati bulan Ramadan.

Kes tersebut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Kartika Sari Dewi membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi Syariah sebelum hukuman itu dilaksanakan. Menurut Najib, hukuman secara fizikal merupakan langkah terakhir dalam melaksanakan undang-undang jenayah syariah terhadap pesalah terutama wanita.