Monday, February 8, 2010

Dasar Baru Imigresen Australia


URLhttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AustraliaperketatdasarImigresen/Article (28th February 2010)

Australia perketat dasar Imigresen

MELBOURNE: Rakyat Malaysia yang ingin berhijrah ke Australia adalah antara ribuan yang akan terjejas apabila kerajaan Australia mengetatkan dasar Imigresennya. Penambahbaikan program migrasi kerajaan Australia itu akan menyebabkan permohonan mereka dibatal.

Menteri Imigresen Australia, Senator Chris Evans pada Isnin mengumumkan kerajaan menukar program penghijrahan kekal pekerja mahir daripada berasakan penawaran kepada program yang memenuhi permintaan.

Di bawah skim baru itu, pekerja yang mempunyai kemahiran tinggi seperti dalam bidang kesihatan dan kejuruteraan akan menjadi antara yang paling diperlukan, kata menteri berkenaan dalam kenyataan di sini. Evans berkata, perubahan besar yang akan dibuat termasuk membatal dan mengembalikan permohonan 20,000 bakal pendatang yang pada masa ini tinggal di luar negara dan mengetatkan senarai permintaan pekerjaan bagi membolehkan visa hanya layak dikeluarkan kepada mereka yang mempunyai kemahiran tinggi.

Ujian berasaskan mata bagi menilai mereka yang berhijrah akan dikaji semula bagi memastikan hanya mereka yang terbaik dan pintar dipilih, pelan penghijahan negeri dan wilayah khusus akan dibangunkan.

Peraturan baru itu akan memberi keutamaan kepada mereka yang berkemahiran dan mempunyai tawaran kerja dengan majikan Australia. "Kita ada banyak tawaran kerja dan kita mempunyai ramai lulusan sekolah terdiri daripada rakyat Australia yang masih muda... untuk memenuhi tawaran pekerjaan itu," kata Evans. -Bernama.

Komen: Masalahnya, saya tidak berminat pun nak duduk lama kat Australia, setakat yang perlu, orang Australia pada saya adalah 'racist', dan ada kajian pun yang menyokong hipotesis tersebut. Masalahnya, apakah Kevin Rudd akan buat utk menambahbaikan dasar anti-racist kepada yang lebih 'friendly'... Nampaknya dasar tersebut masih jauh lagi.


Quotes:

Forty percent of Australians believe some ethnic groups do not belong in the country with one in 10 having outwardly racist views, a new study shows.”

“It's too high, isn't it?" Prof Dunn said. "We've got to bring that number down.” (Prof Dunn, University of Western Sydney, 2008)


Study Reveals Australian Racist Views
05:06 AEST Mon Sep 29 2008