Wednesday, November 14, 2018

Nik Nur Madihah terima ijazah UIAM hari ini




Source:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/nik-nur-madihah-tidak-hilang-terima-ijazah-uiam-hari-ini-1.785906



Nik Nur Madihah tidak 'hilang', terima ijazah UIAM hari ini



Nik Nur Madihah tidak ‘hilang’

Pelajar Cemerlang SPM 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal menerima Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam daripada Ahli Lembaga Gabenor UIAM, Gamal Abdelrehim Mohamed Metwally dalam Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak, hari ini. - UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR 12 Nov. - Kejayaan pelajar pintar, Nik Nor Madihah Nik Nik Mohd. Kamal yang pernah menggemparkan negara berikutan keputusan 20A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 terus bersinar apabila beliau berjaya merangkul segulung ijazah pada konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke- 34, hari ini.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Pengajian Quran dan Sunnah) itu kembali dengan berita yang menggembirakan selepas dikatakan 'hilang' kerana terus menyepi tanpa khabar selepas menyambung pengajian di di Jordan dan United Kingdom sebelum memilih UIAM.

Pada majlis konvokesyen itu, beliau merupakan salah seorang daripada 5,413 graduan UIAM yang menerima ijazah masing-masing yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Gabenor universiti itu, Gamal Abdelrehim Mohamed Metwally.
Walau bagaimanapun, usaha Utusan Online untuk menemubual beliau tidak berjaya.
Menurut ahli keluarga beliau yang enggan dikenali ketika ditemui, Nik Nur Madihah kini aktif mengadakan kelas tuisyen kepada mahasiswa-mahasiswa selain terlibat dengan program keusahawanan di kampus.
Kejayaan beliau 10 tahun lalu telah mendapat perhatian banyak pihak apabila mencatat sejarah pencapaian tertinggi dengan memperoleh 19A1 dan 1A2 walaupun kehidupannya dilingkari kemiskinan. - UTUSAN ONLINE




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/nik-nur-madihah-tidak-hilang-terima-ijazah-uiam-hari-ini-1.785906#ixzz5WpSSzBjL
© Utusan Melayu (M) Bhd 



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sources:





KISAH DI SEBALIK KEJAYAAN NIK NUR MADIHAH, PELAJAR CEMERLANG SPM 2008


kisah-kejayaan-nik-nur-madihah
Ketika keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 diumumkan seorang pelajar, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal membuat kejutan apabila mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2. Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.
Beliau yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006 itu bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.
Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.
Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu menjadi tempat dia berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.
WARTAWAN: Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?
NIK NUR MADIHAH: Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain. Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.
WARTAWAN: Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?
NIK NUR MADIHAH: Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal. Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.
WARTAWAN: Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?
NIK NUR MADIHAH: Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini. Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan. Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.
WARTAWAN: Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?
NIK NUR MADIHAH: Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.
WARTAWAN: Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?
NIK NUR MADIHAH: Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis. Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik. Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 – RM700 sebulan.
WARTAWAN: Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?
NIK NUR MADIHAH: Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.
WARTAWAN: Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?
NIK NUR MADIHAH: Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami. Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.
WARTAWAN: Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?
NIK NUR MADIHAH: Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana. Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.
WARTAWAN: Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?
NIK NUR MADIHAH: Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal. Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.
WARTAWAN: Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?
NIK NUR MADIHAH: Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).
WARTAWAN: Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?
NIK NUR MADIHAH: Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.
WARTAWAN: Apakah hobi dan cita-cita saudari?
NIK NUR MADIHAH: Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.
WARTAWAN: Di mana mahu melanjutkan pelajaran?
NIK NUR MADIHAH: Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah. Saya akan melakukan sembahyang istikharah untuk mendapat petunjuk daripada Allah SWT bagi membuat pilihan terbaik tempat melanjutkan pelajaran.
rumah-lama-nik-nur-madihah
Fakta Mengenai Nik Nur Madihah
  1. Dalam zaman serba canggih ini, Madihah tidak pernah keluar daripada Kelantan tetapi mengetahui tentang semua tempat disebabkan selalu melayari internet.
  2. Disebabkan tidak ada duit, dia hanya melayari internet di perpustakaan awam dan membaca buku atau novel kegemarannya di situ.
  3. Ibu bapanya mempunyai kesedaran ilmu yang tinggi, walaupun susah dan kadang-kadang terlepas makan kedua ibu bapanya mengumpul duit sedikit demi sedikit untuk membeli komputer bagi mendedahkan anak-anaknya tentang IT.
  4. Adiknya yang ketiga merupakan pelajar tajaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi. Yang kedua belajar di Sekolah Menengah Teknik Bachok dan bekas pelajar MRSM Kota Putra.
  5. Biar pun susah bagaimana sekali pun Madihah tidak pernah meminta-minta dan meneruskan perjalanan hidup seperti biasa malah menjadikannya sebagai satu cabaran.
  6. Madihah seorang pendiam dan agak pemalu, sepanjang tempoh wawancara dibuat Madihah cuba menyembunyikan kesusahannya sehingga ada beberapa jawapan datang daripada ibu dan gurunya.
  7. Madihah kata keputusan percubaan SPM nya teruk, 14 A dan 5 B.
  8. Rumah Madihah memang sempit, hanya selesa untuk 4 orang sahaja tetapi satu yang pelik walaupun di luar sangat panas tetapi dalam rumah tidak terasa sangat walaupun bersesak dan beratap zink.
  9. Ada sebuah universiti tempatan menawarkan tempat untuk Madihah, bukan untuk peringkat sarjana muda tetapi PhD.
Kisah kejayaan Nur Madihah membuktikan tidak kira siapa anak nelayan, anak penoreh getah, anak petani, anak peguam, anak doktor dan anak menteri semuanya boleh berjaya. Yang penting ialah berusaha dan belajar tanpa mengenal erti jemu untuk berjaya.
Tips-tips Kecemerlangan Daripada Nik Nur Madihah
Beliau menggariskan beberapa tips yang diamalkannya yang banyak membantu beliau menghadapi 20 subjek yang diambilnya. Antara yang sempat disenaraikan oleh beliau adalah seperti berikut:
  • Fokus dan beri sepenuh tumpuan semasa di dalam kelas. Para pelajar diingatkan supaya memberikan tumpuan dan tidak mudah dipesongkan dengan perkara-perkara lain semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Sebahagian murid mungkin suka berkhayal, bersembang dan bermain-main di dalam kelas.
  • Hargai masa. Masa lebih berharga dari emas, kerana emas yang hilang masih boleh diganti tetapi yang terbuang tidak akan dapat digantikan lagi dan akan hilang buat selama-lamanya. Sikap suka bertangguh adalah sebenarnya pencuri masa.
  • Suka bertanya. Sikap suka bertanya adalah penting bagi mendapatkan penjelasan bagi mana-mana perkara yang tidak difahami. Beliau mengamalkan sikap suka bertanya terutama dalam matapelajaran mathematik dan sains.
Di antara slogan-slogan yang menjadi pegangan beliau adalah:
  • 99% dari kegagalan adalah dari mereka yang mencari-cari alasan.
  • Belajar dari kesilapan.
  • Usaha yang terbaik dan bertawakkal – Usaha tanpa tawakkal adalah kesombongan. Tawakal tanpa usaha adalah angan-angan kosong.
  • Tiada yang mustahil, Allah swt maha berkuasa.
  • Belajar atau mencari ilmu adalah tuntutan agama – jalan menuntut ilmu adalah jalan menuju syurga.
(Sumber: http://wowberita.org/kisah-di-sebalik-kejayaan-nik-nur-madihah-pelajar-cemerlang-spm-2008)





.

Friday, January 19, 2018

China’s richest woman, Yang Huiyan, made US$2 billion


Source: 
http://www.scmp.com/magazines/style/people-events/article/2127612/chinas-richest-woman-yang-huiyan-made-us2-billion

China’s richest woman, Yang Huiyan, made US$2 billion in four days

A share surge at Country Garden Holdings sees Yang Huiyan’s wealth rise to US$25.6 billion, making her China’s richest woman
By Bloomberg

/ UPDATED ON



Yang Huiyan.


A share surge at Country Garden Holdings, China’s largest developer by sales, has sent vice-chairman Yang Huiyan’s wealth up by US$2.1 billion – and that’s just in the first four trading days of the year.
Yang, controlling shareholder of Country Garden, saw her fortune soar to US$25.6 billion as of January 5 to rank as the fifth-richest person in the nation, according to the Bloomberg Billionaires Index. That’s before Country Garden’s shares rose another 7.4 per cent on Monday in Hong Kong trading, taking its year-to-date-gain to 17 per cent.
Related articles
The 36-year-old Yang is China’s richest woman and the nation’s youngest billionaire, according to the Bloomberg Index. In 2005, her father transferred his controlling stake to her “due to his intention to train Yang Huiyan as the successor of his family’s interest” in the group, Country Garden said.
Her father Yang Guoqiang, usually known by his Cantonese name Yeung Kwok-keung, co-founded Country Garden in 1992.

Country Garden has been one of the beneficiaries of a boom in China’s property market, which has led to buoyant earnings and soaring sales, especially for the nation’s largest developers. The company reported preliminary 2017 contracted sales of 550.8 billion yuan (HK$660.7 billion) on Friday, exceeding the 500 billion yuan target it provided in August.





.

EPF to INVEST RM8.8 Billion in London ?!


SOURCE:
https://a.msn.com/r/2/AAuSkYG?m=en-my

Reuters - Free Malaysia Today - Friday, 19 January, 2018


EPF to INVEST RM8.8 Billion in London ?!   

LONDON: The owners of Battersea Power Station, a huge industrial building in London currently being turned into homes, offices and shops by a Malaysian consortium, are in talks to sell it for £1.6 billion (RM8.8 billion), the redevelopers said on Thursday.

With its four giant chimneys, the disused electricity generating plant on the south bank of the River Thames was pictured on the cover of Pink Floyd’s album “Animals” and is one of the best-known silhouettes on the London skyline.

Built in the 1930s, the coal-fired power station stopped operating in 1983 and gradually fell into disrepair, with multiple attempts to redevelop it floundering due to costs and practical difficulties in converting the gigantic site.

It was eventually sold to a Malaysian consortium led by property developer SP Setia in 2012, for 400 million pounds, and since then has been undergoing construction work on a vast scale. The project is due to be completed in late 2020.

SP Setia said in an announcement to the Malaysian Stock Exchange that it was in discussions about a potential sale with Permodalan Nasional Berhad (PNB), a Malaysian government-linked investment firm, and the Employees Provident Fund Board (EPF), a state pension fund.


The proposal is to sell Phase 2 of the project, the building itself, but not the surrounding land which is also in the process of being redeveloped. Through their holdings in the current developers and through direct stakes, PNB and EPF already own about 70% of the project as a whole.

Battersea Power Station Development Company Ltd, the UK-based structure managing the project, described the proposed transaction as a re-organisation of the ownership of the building that would create a long-term asset management and ownership structure.

“Subject to further due diligence and negotiations, the transaction sum is estimated to be 1.6 billion pounds, which is contemplated to be paid in stages through the rest of the construction phase of the Power Station building,” it said in a statement.

Apple announced in September 2016 that it would be moving its London headquarters to the former central boiler house of the power station – a commercial and public relations success for the redevelopers.

London’s Evening Standard newspaper reported that the proposed sale came after the costs of transforming the brick structure doubled from an initial forecast of about 750 million pounds to around 1.5 billion.

It said the spiralling costs had meant the profit return on the scheme had been cut from 20% to 8.2%.
A spokesman for the Battersea Power Station Development Company denied that the transaction was in response to an increase in costs.

“Whilst there have been cost increases across the industry and at Battersea Power Station, this transaction is not in reaction to costs,” he said. “It is simply being concluded to create a long-term stable asset management and ownership platform going forward.”




.


Wednesday, August 16, 2017

Jangan potong lagi dana universiti awam !!



Source:
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-potong-lagi-dana-universiti-awam-1.515477


Jangan potong lagi dana universiti awam

KUALA LUMPUR 15 Ogos – Bagi meneruskan usaha meningkatkan pembangunan universiti awam di negara ini, Kementerian Pendidikan Tinggi memohon kerajaan supaya tidak terus memotong dana yang diperuntukkan bagi sektor itu pada Bajet 2018.

IDRIS JUSOH
Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, hal ini berikutan tidak semua universiti awam mempunyai keupayaan untuk bergantung kepada kewangan sendiri.

Malah, katanya, banyak universiti awam di negara ini masih baharu iaitu di bawah 20 tahun yang dianggap masih di peringkat bertatih.


‘‘Hampir separuh daripada kira-kira 20 universiti awam masih 70 peratus bergantung kepada kewangan kerajaan manakala separuh lagi masih bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan.

‘‘Saya harap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menilai semula bajet pada tahun ini. Tidak perlu potong lagilah. Kita kena pastikan kejayaan pendidikan tinggi yang berterusan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Kepemimpinan dan Governan Universiti Ketiga anjuran Universiti Malaya (UM) di Sunway Resorts and Spa Hotel, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Prof. Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid; Pengerusi Lembaga Penasihat Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin dan Pemangku Naib Canselor UM, Prof. Dr. Awang Bulgiba Awang Mahmud.

Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri pada Oktober tahun lalu memperuntukkan sebanyak RM12.1 bilion untuk kementerian berbanding RM13.378 bilion pada Bajet 2016 dan RM15.785 bilion pada Bajet 2015.

Tambah Idris, beliau juga memohon kerajaan memberi lebih perhatian terhadap pembangunan universiti-universiti penyelidikan berikutan universiti-universiti terbabit membawa imej negara ke peringkat antarabangsa.

Katanya, universiti-universiti penyelidikan bukan sahaja bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, sebaliknya turut bekerjasama dengan universiti-universiti awam yang lain.


     
2015
2016
2017
RM15 BILION
RM13 BILION
RM12 BILION



.

Friday, August 11, 2017

Neymar transfers worth EURO 222 million !!



Source:
http://www.beritaharian.sg/sukan/rekod-dunia-baru-iringi-neymar-ke-psg?utm_source=Taboola&utm_medium=CPC&utm_campaign=content_marketing&utm_site=cbsinteractive-downloadcom&xtor=SEC-7

BOLA SEPAK

Rekod dunia baru iringi Neymar ke PSG

Kelab Perancis dijangka bayar Barca $356j bagi pemain Brazil





PARIS: Superstar Brazil, Neymar, dijangka diperkenalkan secara rasmi sebagai bintang terbaru Paris Saint-Germain (SPG) seawal esok, selepas kelabnya, Barcelona, akur kalah dalam usaha meyakinkan pemain itu supaya kekal di Sepanyol.
Pemindahan itu - yang mencipta rekod dunia baru sebanyak 222 juta euro ($356 juta), iaitu lebih seganda berbanding rekod dunia lama yang dibayar Manchester Uniter untuk mendapatkan Paul Pogba daripada Juventus tahun lalu (105.2 juta euro) - akan menyaksikan Neymar dibayar gaji 865,000 euro seminggu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Source:
http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4774640/Neymar-transfers-worth-200m-plus-won-t-happen-England.html


Neymar transfers worth £200m plus 





Premier League chief Richard Scudamore does not expect to see any transfers in English football matching the £200m world record fee paid by Paris St Germain to sign Neymar from Barcelona.

Scudamore regards the move that made Neymar the most expensive footballer of all time last week as a demonstration of spending power by the Ligue 1 club's Qatari owners that is unlikely to be repeated on the same scale.

'I can't see anything like that (in the Premier League),' Scudamore told BBC Radio 5 live. 'When the previous record was £89million (Paul Pogba), to suddenly go to £200million that's something else going on there.


Read more: http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4774640/Neymar-transfers-worth-200m-plus-won-t-happen-England.html#ixzz4pMuAuwWq
Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook



.

Monday, March 6, 2017

JPA akan teliti dakwaan berkaitan gaji pensyarah !


Source:
http://www.bharian.com.my/node/256281#cxrecs_s


AHAD, 5 MAC 2017 @ 5:45 PM 

JPA akan teliti dakwaan berkaitan gaji pensyarah 

Oleh Ruwaida Md Zain bhnews@bh.com.my




DATUK Seri Zainal Rahim Seman (dua kiri) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya (kiri) menyampaikan cenderamata kepada kontijen yang bertanding pada majlis Perasmian Penutup Karnival Sukan MAKSAK 2017 di Dewan Jubli Perak Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

SHAH ALAM: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneliti semula semua isu berhubung dakwaan skim gaji 35,000 pensyarah Universiti Awam (UA) yang tidak diperbaharui sejak 15 tahun lalu. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata, sebelum sistem saraan Malaysia sedia ada diperkenalkan dahulu, pihak JPA sudah membuat kajian terperinci mengenai gaji pensyarah. 

"Kita akan lihat semula apa yang dimaksudkan oleh pihak yang menyatakan sedemikian. Kita akan teliti semula bagi melihat kelemahan isu-isu yang dibangkitkan," katanya selepas menyempurnakan Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Karnival Sukan Maksak Malaysia di sini, hari ini. 

Hari ini, BH menyiarkan kenyataan Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC), Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin yang mendakwa pensyarah seolah-olah kurang diberikan perhatian berbanding guru yang sering menikmati pelbagai insentif baharu. Beliau dilaporkan berkata, kualiti perkhidmatan lebih 35,000 pensyarah UA di negara ini dikhuatiri terjejas apabila skim perkhidmatan dan gaji tidak berubah sejak 15 tahun lalu, malah ketinggalan berbanding penjawat awam lain.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/256281#cxrecs_s



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Source:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0601&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm

ARKIB : 01/06/2011

Kerajaan digesa semak semula skim gaji pensyarah UiTM


SHAH ALAM 31 Mei - Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (Mitasa) dan Persatuan Akademik UiTM (UTiMAS) menggesa kerajaan dan UiTM supaya menyemak semula skim gaji pensyarah universiti itu yang tidak disemak melebihi 10 tahun.
Gesaan tersebut dibuat menerusi kenyataan bersama oleh dua badan induk kakitangan akademik itu yang dikeluarkan oleh Presiden Mitasa, Ab Latiff Ishak dan Presiden UTiMAS, Prof. Dr. Mohamad Awang di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, satu bengkel Permurnian Semakan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM telah dianjurkan oleh Mitasa dan UTiMAS pada 26-28 Mei 2011 bagi meneliti kedudukan skim gaji pensyarah masa ini.
Hasil mesyuarat di bengkel tersebut, jelas kenyataan itu beberapa keputusan telah dibuat bagi memartabatkan kembali kedudukan kakitangan akademik UiTM.
Mitasa dan UTiMAS, menurut kenyataan itu sebulat suara berpendapat bahawa apa jua kebajikan dan maruah kakitangan akademik UiTM perlu dibela dan dimartabatkan kembali di persada yang membanggakan selaras dengan khidmat bakti mereka.
"Para akademia UiTM merupakan pemangkin kecemerlangan akademik universiti demi menjaga kepentingan dan usaha murni kerajaan Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).
"Kakitangan akademik adalah tonggak sesebuah universiti di mana core-business universiti ialah akademik. Amanah dan tanggungjawab yang dipikul di bahu para akademia UiTM memerlukan komitmen dan usaha yang tinggi bagi merealisasikan hasrat bangsa dan negara tercinta.
"Pembelaan serta ganjaran yang setimpal wajib diberikan perhatian serius demi menjaga keutuhan kecemerlangan akademia UiTM. Pengabaian kecemerlangan akademik bermakna keruntuhan kualiti dan keruntuhan wibawa universiti," jelas kenyataan tersebut yang diemelkan kepada Utusan Malaysia.
Menurut kenyataan itu, bagi memantapkan kembali kecemerlangan akademik, beberapa syor untuk tindakan segera telah dicadangkan.
* Skim perkhidmatan dan proses kenaikan pangkat para akademia perlu disemak semula untuk penambahbaikan.
* Hak dan keistimewaan sedia ada yang berdaya saing perlu digunapakai dengan segera.
* Sumbangan dan penat jerih para akademia dalam mendidik anak bangsa ke persada antarabangsa wajib diberikan perhatian dan ganjaran yang setimpal dan sepatutnya.
* Beberapa kes anomali yang wujud seperti di antara Gred DM52 dengan gred jawatan setara DG52/DH52 serta kes anomali Gred DM53/DM54 perlu diselesaikan segera.
* Pensyarah DM41 dan DM45 yang telah lama berkhidmat perlu diberi peluang kenaikan pangkat dengan segera.
"Pada masa sekarang, perkara-perkara di atas kurang diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak pengurusan dan pentadbiran UiTM.
"Sudah sampai masanya pihak kerajaan dan pihak pengurusan UiTM melihat kembali kedudukan kakitangan akademik UiTM bagi mengelakkan wujudnya ketidakpuasan kakitangan akademik terhadap pihak universiti dan kerajaan," jelas kenyataan itu.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0601&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm#ixzz4aSSZIhRZ 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



.

Sunday, March 5, 2017

MEMORANDUM SEMAKAN GAJI DAN PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UiTM



Source:
http://mitasa.uitm.edu.my/v2/index.php/en/info/berita/arkib/112-memorandum-semakan-gaji-dan-penambahbaikan-skim-perkhidmatan-pensyarah-uitm  (24 August 2016)




  1. PENGENALAN
Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) dan Persatuan Akademik UiTM (UTiMAS) telah mengadakan Bengkel Semakan Gaji & Pernambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM pada 19 – 20 Disember 2010 di Hotel Seri Malaysia, Melaka. Hasil rumusan perbincangan tersebut MITASA & UTiMAS secara bersama mengajukan Memorandum Cadangan Semakan Gaji & Pernambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM kepada YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.  
 2.    CADANGAN PERATUSAN (%)KENAIKAN GAJI PENSYARAH
 Peratusan kenaikan gaji pensyarah dicadangkan seperti jadual di bawah:
GRED GAJI
PERATUSAN KENAIKAN
DM 29
100%
DM 32
100%
DM 34
100%
DM 41
90%
DM 45
90%
DM 46
90%
DM 51
80%
DM 52
80%
DM 53
80%
DM 54
80%
VK7
70%
VK 6
70%
VK 5-VK4
70%
Jadual 1: Cadangan Peratusan Kenaikan  Gaji Baru
3.  RASIONAL SEMAKAN SEMULA KENAIKAN GAJI PENSYARAH
 1.  Perubahan-perubahan gaji telahpun dibuat di beberapa kementerian dan jabatan seperti polis, tentera dan guru tetapi di Kementerian Pengajian Tinggi , tangga gaji kakitangan akademik masih lagi di tangga  gaji yang lama. 
 2. MITASA dan UTIMAS mewakili kakitangan akademik UiTM seluruh Malaysia berpendapat sudah sampai masanya bagi kerajaan mempertimbangkan penyemakan tangga gaji kakitangan akademik UiTM. Ini memandangkan hampir sepuluh (10) tahun semakan Skim Saraan Malaysia (SSM) tidak dibuat terhadap tangga gaji kakitangan akademik UiTM.
 3. Berpandukan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang dikeluarkan dalam tempoh 10 tahun (2001-2010) oleh Jabatan Perangkaan Negara, didapati nilai kuasa beli turun kepada 12%. Perubahan gaji  juga dicadangkan  berdasar kepada kenaikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)  110%. Justeru, anggaran kenaikan sebanyak 55% (110% ÷ 2) dan tambahan dibuat untuk 10 tahun akan datang dan dicadangkan kenaikan  antara 70% hingga 100% .
 - Kenaikan 10% setiap tahun bermula dari tahun 2001
- Indek harga oleh Jabatan Perangkaan. GDP pada tahun 2000, 3.56 meningkat kepada 7.47 pada tahun 2010. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 110%.
- Tahun 2007 bukan semakan gaji perkhidmatan awam tetapi pindahan skim gaji. Jadi sudah sampai masanya skim gaji perkhidmatan pensyarah UiTM dan universiti  juga disemak semula secara menyeluruh.
- Pada masa kini gaji pensyarah UiTM jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan perkhidmatan KPT yang lain ditangga gaji gred yang sama. (Rujuk lampiran 1: Pekeliling 33/2007)
4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN DM
Di samping cadangan semakan gaji, MITASA dan UTIMAS juga mencadangkan agar elaun untuk pensyarah UiTM yang sedia ada seperti  Elaun Perkhidmatan/Keraian, Perumahan dan Wilayah  dinaikkan mengikut peratus kenaikan gaji seperti di jadual 1. Disamping itu kami juga :
  1. Elaun Rekreasi
Memohon kerajaan menyelaraskan pemakaian Elaun Rekreasi  kepada  semua perkhidmatan awam kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional.  Elaun rekreasi   RM3000,00 telah bertambah kepada RM4000.00 setahun dan telah dinikmati oleh kakitangan awam lain.  Pada masa kini pensyarah UiTM  dinafikan hak dan langsung tidak menerima elaun rekreasi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh JPA.  (Rujuk lampiran 2: Pekeliling Perbendaharaan Bil.7, Tahun 2007)
Memohon kerajaan  memberi  tambahan kenaikan sebanyak 100%  elaun rekreasi dan diberi kepada semua kumpulan A.
  1. Perlindungan  Insuran  Kesihatan (Medical Insurance)
Memohon kerajaan menyerapkan pembayaran premium insuran kesihatan yang seragam dan mencadangkan supaya  kerajaan membiayai   premium insuran untuk semua kakitangan kerajaan  sepanjang hayat selepas bersara.
  • Panel Kesihatan untuk kakitangan & Keluarga Selepas Bersara
Panel kesihatan untuk kakitangan UiTM dan keluarganya  hendaklah dilanjutkan selagi kakitangan masih hidup dan menerima pencen.
  
  1. PENUTUP
UiTM diamanahkan dengan tanggungjawab “Mengubah Destini Anak Bangsa” (MDAB) dengan jumlah pelajar terbesar di dunia. Justru itu tanggungjawab pensyarah UiTM akan menjadi lebih penting dan mencabar. Selain itu, UiTM juga memikul tanggungjawab memenuhi keperluan dasar-dasar kerajaan dari segi pendidikan tinggi negara. Oleh itu kenaikan yang dicadangkan ini adalah bersesuaian dengan tanggungjawab yang akan dipikul oleh tenaga akademik UiTM. 

Disediakan oleh :
Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA) dan Persatuan Akademik UiTM (UTiMAS)
Jawatankuasa Bersama Semakan Gaji Pensyarah UiTM
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
40450 Shah Alam
Selangor DARUL EHSAN
16 Mac 2011


.